
Kuala Lumpur 3 Oktober 2024 - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah mengadakan kunjungan hormat ke Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB), Menara Bank Pembangunan Plaza Conlay, Kuala Lumpur. Delegasi MAIDAM yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan disambut baik oleh YBhg. Dato’ Sulaiman Mohd Tahir, Pengerusi BPMB, Hj Ruslan Yohman, Ketua Pengurusan Zakat BPMB dan Noor Ain Mohd Amin, Ketua Pengurusan Syariah Kumpulan BPMB.
Kunjungan ini bertujuan menyampaikan penghargaan kepada pihak BPMB atas bayaran zakat kepada MAIDAM serta perkongsian beberapa manfaat yang ditawarkan kepada BPMB atas pembayaran zakat tersebut.
MAIDAM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada BPMB atas kesudian menerima kunjungan ini. Turut hadir, Penolong Setiausaha Promosi MAIDAM, Muhamad Syarif Omer dan Mohd Asyraf Mohd Nasir, Pegawai Promosi MAIDAM.