Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta

FAQ Zakat

  • Apakah hukum orang yang mengingkari kewajipan zakat fitrah? +

    Sesiapa yang mengingkari maka dia menjadi kafir kerana hukum mengeluarkan zakat fitrah adalah wajib sebagaimana Rasulullah SAW telah mewajibkan zakat fitrah pada bulan Ramadhan.
  • Dimanakah yang sebenarnya zakat firtah perlu dibayar, ditempat bekerja atau dikampung? +

    Zakat fitrah boleh dibayar dimana-mana bila berada dalam waktu sunat pembayaran tetapi apabila tiba waktu wajib dan tidak membuat pembayaran pada waktu sunat maka hendaklah disegerakan pembayaran tersebut ditempat individu itu berada.
  • Apakah hukum sekiranya terlupa membayar zakat fitrah dan membayarnya pada luar bulan Ramadhan? +

    Hukumnya berdosa. Sekiranya individu tersebut terlupa untuk membayar zakat fitrah maka wajib disegerakan pembayaran tersebut.
  • Bagaimanakah kiraan zakat perniagaan? +

    Untuk pengiraaan zakat perniagaan, ia perlu dilihat kepada kecairan aktiviti syarikat tersebut dimana melibatkan Aset Semasa tolak Liabiliti Semasa dan terdapat Pelarasan dalam dua perkara tersebut.
  • Adakah kiraan zakat perniagaan melihat kepada keuntungan semata-mata? +

    Tidak. Kerana modal yang digunakan telah diniatkan untuk perniagaan telah mencukupi haul syarikat. Jadi kiraan zakat adalah melibatkan modal dan keuntungan. Sekiranya syarikat itu mengalami kerugian dari modal yang dilabur dan masih mencukupi nisab maka syarikat tersebut hendaklah mengeluarkan zakat.
  • Adakah dikenakan zakat atas pendapatan dari sumber yang haram? +

    Tidak, walaupun zakat itu bertujuan untuk menyucikan harta. Tetapi berpandukan kepada firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 267, harta yang hendak dizakatkan mestilah dari sumber yang baik-baik.
  • Adakah zakat pendapatan boleh dibayar secara ansuran? +

    Dibolehkan.
  • Kenapakah individu perlu mengikut kadar tolakan yang dibenarkan tidak kepada jumlah sebenar? +

    Kadar tolakan atau had kifayah ini ditentukan mengikut kepada kadar perbelanjaan golongan miskin di Negeri Terengganu dan sekiranya perbelanjaan harian individu tersebut melebihi dari kadar tersebut maka individu itu adalah tergolong dari golongan yang berkemampuan.
  • Adakah dikenakan zakat sekiranya hutang melebihi daripada simpanan? +

    Ya, apabila pemilikan simpanan tersebut mencukupi tempoh setahun dan mencukupi nisab.
  • Adakah pembayaran zakat perlu menggunakan wang yang disimpan atau dari sumber yang lain? +

    Dibolehkan untuk membayar zakat dari sumber pendapatan yang lain.
  • Adakah kiraan zakat simpanan individu dan syarikat berbeza? +

    Ya. Kerana simpanan individu melihat kepada jumlah terendah dalam tempoh setahun. Manakala simpanan syarikat melihat kepada baki akhir haul syarikat tersebut.
  • Adakah emas putih dikenakan zakat? +

    Emas putih tidak dikenakan zakat kerana ianya telah berlawanan dengan sifat emas tersebut. Emas sifatnya hendaklah bewarna kekuningan, mudah dilentur dan mempunyai berat.
  • Adakah kiraan zakat mengikut gred emas? +

    Ya. sekiranya emas tersebut merupakan emas 999, ini bermakna terdapat 99.9% emas dalam logam tersebut. Untuk emas 916 bermakna kandungan emas dalam logam adalah sebanyak 91.6%.
  • Bagaimanakah kiraan zakat bagi emas perhiasan yang disimpan atau dicagar dalam ar-Rahnu? +

    Untuk perkara ini terdapat dua situasi, yang pertama adalah emas perhiasan yang disimpan dalam ar-Rahnu dikenakan zakat atas emas yang disimpan sekiranya emas tersebut tidak dipakai dalam tempoh setahun. Ini kerana berkemungkinan mereka menyimpan di ar-Rahnu atas faktor keselamatan emas perhiasan tersebut. Yang kedua bagi mereka yang mencagar emas perhisan tersebut untuk mendapatkan duit maka terputuslah pemilikan emas perhiasan tersebut selama mana emas perhisan tersebut tidak ditebus kembali dan tidak dikenakan zakat.
bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY