Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta

Jumaat, 24 Disember 2021 04:15

Jenis Agihan / Bantuan Zakat

Berikut adalah bantuan-bantuan yang disediakan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM)   kepada asnaf-asnaf yang berkelayakan :

Sektor Sosial dan Kemanusiaan

• Bantuan Bulanan
• Bantuan Sara Hidup
• Bantuan Baikpulih Rumah/Bina Rumah Baru
• Bantuan Perubatan/Hemodialisis
• Bantuan Kecemasan/Bencana
• Bantuan Berhutang
• Bantuan Sewa Rumah
• Bantuan Serta-Merta
• Bantuan Sempena Ramadhan
• Bantuan Pusat Pemulihan/ Rumah Perlindungan
• Bantuan Pengurusan Jenazah Tanpa Waris
• Bantuan Masjid Surau


Sektor Pendidikan dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

• Bantuan Awal Pengajian Pusat Kemahiran dan IPT.
• Dermasiswa dan Bantuan Am Pelajaran IPT  
• Program Memartabatkan Institusi Ulama’
• Bantuan Tambang Penerbangan Pelajar IPT.  
• Bantuan Persatuan Pelajar Terengganu di IPT.  
• Bantuan Program Keagamaan Di IPT Dalam Negeri .
• Bantuan Persekolahan.
• Latihan Kemahiran Anak Asnaf
• Bantuan Tabung Kebajikan Pelajar dan Pengurusan Pondok / Madrasah
• Bantuan Kem Akademik Pelajar Sekolah.
• Bantuan Program Keagamaan Dalam Negeri.


Sektor Ekonomi dan Keusahawanan

• Bantuan Modal Berdikari / Perniagaan
• Kursus Keusahawanan Asnaf
 

Bantuan Saudara Kita (Muallaf)

• Saguhati Hari Raya
• Bantuan Kewangan Bulanan
• Elaun Kehadiran Kelas Agama Asas
• Bantuan Sewa Rumah
• Dermasiswa Muallaf
• Bantuan Perkahwinan
• Bantuan Umum Pelajaran
• Pembinaan Rumah Individu
• Saguhati Galakan Saudara Baru
• Bantuan Modal
• Bantuan Perubatan Muallaf
• Kursus dan Latihan
• Pengurusan Jenazah
• Bantuan Berkhatan

Published in Agihan Zakat
Tagged under
Jumaat, 24 Disember 2021 03:56

Soalan Lazim Pengurusan Zakat

Zakat Fitrah

  1. Apakah hukum orang yang mengingkari kewajipan zakat fitrah?

Sesiapa yang mengingkari maka dia menjadi kafir kerana hukum mengeluarkan zakat fitrah adalah wajib sebagaimana Rasulallah SAW telah mewajibkan zakat fitrah pada bulan Ramadhan.

  1. Dimanakah yang sebenarnya zakat firtah perlu dibayar, ditempat bekerja atau dikampung?

Zakat fitrah boleh dibayar dimana-mana bila berada dalam waktu sunat pembayaran tetapi apabila tiba waktu wajib dan tidak membuat pembayaran pada waktu sunat maka hendaklah disegerakan pembayaran tersebut ditempat individu itu berada.

  1. Apakah hukum sekiranya terlupa membayar zakat fitrah dan membayarnya pada luar bulan Ramadhan?

Hukumnya berdosa. Sekiranya individu tersebut terlupa untuk membayar zakat fitrah maka wajib disegerakan pembayaran tersebut.


Zakat Perniagaan

  1. Bagaimanakah kiraan zakat perniagaan?

Untuk pengiraaan zakat perniagaan, ia perlu dilihat kepada kecairan aktiviti syarikat tersebut dimana melibatkan Aset Semasa tolak Liabiliti Semasa dan terdapat Pelarasan dalam dua perkara tersebut.

  1. Adakah kiraan zakat perniagaan melihat kepada keuntungan semata-mata?

Tidak. Kerana modal yang digunakan telah diniatkan untuk perniagaan telah mencukupi haul syarikat. Jadi kiraan zakat adalah melibatkan modal dan keuntungan. Sekiranya syarikat itu mengalami kerugian dari modal yang dilabur dan masih mencukupi nisab maka syarikat tersebut hendaklah mengeluarkan zakat.


Zakat Pendapatan

  1. Adakah dikenakan zakat atas pendapatan dari sumber yang haram?

Tidak, walaupun zakat itu bertujuan untuk menyucikan harta. Tetapi berpandukan kepada firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 267, harta yang hendak dizakatkan mestilah dari sumber yang baik-baik.

  1. Adakah zakat pendapatan boleh dibayar secara ansuran?

Dibolehkan.

  1. Kenapakah individu perlu mengikut kadar tolakan yang dibenarkan tidak kepada jumlah sebenar?

Kadar tolakan atau had kifayah ini ditentukan mengikut kepada kadar perbelanjaan golongan miskin di Negeri Terengganu dan sekiranya perbelanjaan harian individu tersebut melebihi dari kadar tersebut maka individu itu adalah tergolong dari golongan yang berkemampuan.


Zakat Wang Simpanan

  1. Adakah dikenakan zakat sekiranya hutang melebihi daripada simpanan?

Ya, apabila pemilikan simpanan tersebut mencukupi tempoh setahun dan mencukupi nisab.

  1. Adakah pembayaran zakat perlu menggunakan wang yang disimpan atau dari sumber yang lain?

Dibolehkan untuk membayar zakat dari sumber pendapatan yang lain.

  1. Adakah kiraan zakat simpanan individu dan syarikat berbeza?

Ya. Kerana simpanan individu melihat kepada jumlah terendah dalam tempoh setahun. Manakala simpanan syarikat melihat kepada baki akhir haul syarikat tersebut.


Zakat Emas dan Perak

  1. Adakah emas putih dikenakan zakat?

Emas putih tidak dikenakan zakat kerana ianya telah berlawanan dengan sifat emas tersebut. Emas sifatnya hendaklah bewarna kekuningan, mudah dilentur dan mempunyai berat.

  1. Adakah kiraan zakat mengikut gred emas?

Ya. sekiranya emas tersebut merupakan emas 999, ini bermakna terdapat 99.9% emas dalam logam tersebut. Untuk emas 916 bermakna kandungan emas dalam logam adalah sebanyak 91.6%.

  1. Bagaimanakah kiraan zakat bagi emas perhiasan yang disimpan atau dicagar dalam ar-Rahnu?

Untuk perkara ini terdapat dua situasi, yang pertama adalah emas perhiasan yang disimpan dalam ar-Rahnu dikenakan zakat atas emas yang disimpan sekiranya emas tersebut tidak dipakai dalam tempoh setahun. Ini kerana berkemungkinan mereka menyimpan di ar-Rahnu atas faktor keselamatan emas perhiasan tersebut. Yang kedua bagi mereka yang mencagar emas perhisan tersebut untuk mendapatkan duit maka terputuslah pemilikan emas perhiasan tersebut selama mana emas perhisan tersebut tidak ditebus kembali dan tidak dikenakan zakat.


Zakat Tanaman

  1. Adakah zakat tanaman padi dikenakan setelah ditolak kos menanam terlebih dahulu?

Tidak, kerana kiraan zakat tanaman yang menggunakan penggunaan teknologi moden (termasuk kos-kos semaian samada membaja, mengupah dll.) adalah sebanyak 5% manakala tanaman yang dibiarkan atau menggunakan air hujan semata-mata (tanpa melibatkan kos) dikenakan zakat sebanyak 10%.

  1. Adakah zakat tanaman padi dikira termasuk dengan harga sabsidi?

Subsidi yang dibayar oleh Lembaga Padi dan Beras Negara tidak termasuk dalam hasil yang perlu dizakatkan.


Zakat Ternakan

  1. Adakah perlu dizakatkan bagi ternakan yang dibiarkan bebas tanpa pemerhatian dan memakan tanaman orang lain?

Perlu dizakatkan sekiranya ternakan tersebut telah mencukupi nisab. Ternakan yang terkurung tidak dikenakan zakat. Manakala ternakan yang memakan tanaman orang lain, dosa tersebut antara pemilik ternakan dengan pemilik tanaman bukan binatang tersebut.


Zakat Caruman Berkanun

  1. Adakah simpanan KWSP perlu dizakatkan selepas umur 55 tahun, jika masih belum mengeluarkan lagi simpanan tersebut?

Simpanan KWSP yang tidak diambil selepas bersara hendaklah dizakatkan dahulu pada usia 55 tahun untuk mengqada’ zakat KWSP yang terdahulu dan seterusnya dikira mengikut sebagaimana kaedah kiraan zakat wang simpanan.Mengikut akta KWSP, pemilik layak untuk mengeluarkan kesemua wang KWSP apabila berumur 55 tahun. Jumlah simpanan tersebut mestilah merujuk dengan pihak KWSP terlebih dahulu.

  1. Bagaimanakah kiraan zakat bagi mereka yang mendapat duit ganjaran persaraan bagi mereka yang telah pencen?

Kiraan zakat bagi duit ganjaran persaraan yang diperolehi perlu mencukupi setahun pemilikan, selepas tempoh setahun kiraan zakat adalah mengikut kaedah zakat simpanan.


Zakat Saham

  1. Adakah kiraan zakat bagi saham dilakukan selepas dari jualan saham tersebut dibuat?

Tidak. Kiraan zakat saham dibuat semasa saham tersebut masih diniagakan dan tersimpan dalam pasaran dalam tempoh setahun bukannya selepas dijual.

  1. Adakah kiraan perlu diasingkan mengikut jenis pelaburan saham yang dimiliki?

Kiraan zakat saham hendaklah melihat kepada jumlah keseluruhan saham yang dimiliki walaupun mempunyai jenis saham yang berbeza.

Published in Soalan Lazim
Tagged under
bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY