Cara Memohon Bantuan Zakat MAIDAM
1. Bermula 1 Januari 2015, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah menggunakan Sistem Permohonan Zakat secara atas talian bagi memudahkan rakyat yang ingin memohon bantuan Zakat MAIDAM.
2. Dengan menggunakan Sistem Permohonan Zakat ini, pemohon hendaklah mengisi maklumat-maklumat yang dikehendaki dan mencetak borang permohonan tersebut. Borang permohonan tersebut beserta salinan dokumen-dokumen yang dikehendaki hendaklah dihantar ke pejabat MAIDAM atau Kaunter Pejabat MAIDAM Daerah (PMD) di daerah masing-masing bagi membolehkan ia diproses.
3. Jika borang permohonan beserta salinan dokumen tidak dihantar ke pejabat MAIDAM, maka permohonan tersebut tidak akan diproses.
4. Bagi menggunakan Sistem Permohonan Zakat hendaklah menggunakan pelayar (browser) Google Chrome dengan resolusi terbaik ialah 1024 x 768.
5. Sistem Permohonan Zakat MAIDAM ini akan ditambah baik setiap masa bagi memudahkan rakyat dan warga MAIDAM memohon dan mengurus permohonan bantuan zakat.
6. Klik pada Butang di bawah untuk membuka laman menu sistem permohonan bantuan zakat.