Penerbitan

Majalah Al-Fikrah

            fikrah2-2015 alfikrah1-2015

            fikrah3  fikrah2

            fikrah1   

 

                    

                 

 

 

.Buku-Buku Terbitan MAIDAM

                    ##{gallery}bukumaidam{/gallery}

 

 

 

.Risalah Masjid

                    risalah-masjid-1-2016     risalah-masjid-2-2016

 

 

Buku/majalah ini diedar secara percuma, untuk mendapatkannya sila hantarkan sampul surat beralamat sendiri dengan dilekatkan setem RM 2.00 kepada :

 

Ketua Pegawai Eksekutif,

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu,

Pusat Pentadbiran Islam, Kompleks Seri Iman,

Jalan Sultan Mohamad, 20519 Kuala Terengganu,

Terengganu Darul Iman.

(Untuk Perhatian : Bahagian Penerbitan)

 

Ukuran sampul surat :

Untuk buku - 15 cm x 23 cm

Untuk Majalah - 32 cm x 23 cm

 

 

Notis Perundangan

Anda hendaklah memahami dan bersetuju bahawa Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) tidak terlepas melakukan kesilapan dalam portal ini. Penggunaan anda ke atas perkhidmatan ini adalah sepenuhnya di bawah tanggungan dan risiko anda sendiri. Perkhidmatan disediakan asasnya secara "SEKADAR YANG ADA" ("AS IS") dan "SEKADAR YANG DAPAT" ("AS AVAILABLE").  MAIDAM sepenuh-penuhnya dan sejelas-jelasnya menafikan semua jaminan dalam apa jua bentuk, sama ada yang dinyatakan atau dilaksanakan.  MAIDAM tidak memberi jaminan bahawa;

  1. Laman Web Rasmi MAIDAM tidak terganggu dan bebas daripada kesalahan.
  2. Kesahihan dan ketepatan isi kandungan, maklumat, perkidmatan atau lain-lain material yang disediakan.
  3. Laman Web Rasmi MAIDAM, perkhidmatan atau E-mel yang dihantar daripadanya atau yang mewakilinya bebas daripada virus dan komponen yang merosakkan.
Anda juga dingatkan bahawa Laman Web Rasmi MAIDAM tidak terlepas daripada tersilap disebabkan kelemahan portal, oleh itu anda dingatkan sebarang material yang dipindah terima atau diperolehi dengan lain-lain cara menerusi penggunaan perkhidmatan yang disediakan adalah dilakukan dengan kehendak diri anda sendiri sepenuhnya dan bahawa anda hendaklah sepenuhnya bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan terhadap sistem komputer, kehilangan data akibat daripada pindah terima sebarang material berkenaan sama ada disebabkan oleh bencana alam, kegagalan komunikasi, pencurian, dan ketidakupayaan untuk mencapai rekod, aturcara komputer atau perkhidmatan oleh Laman Web Rasmi MAIDAM.

Polisi dan Privasi

Pihak Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) tidak akan menggunakan / mendedahkan maklumat peribadi anda untuk apa saja tujuan tanpa persetujuan anda. Maklumat peribadi anda akan digunakan untuk makluman sebarang pertanyaan, mengendalikan aduan, menyediakan notis operasi, penyimpanan rekod dan pemberitahuan berkenaan dengan pembelian anda.

Portal kami juga menjadi penghubung kepada lelaman lain dan portal pihak ketiga. Capaian anda ke lelaman ini tertakluk kepada amalan polisi privasi mereka. Walaupun kami menyokong privasi di internet, MAIDAM tidak bertanggungjawab atas sebarang tindakan oleh lelaman pihak ketiga. Kami menggalakkan anda untuk membaca polisi privasi di setiap lelaman yang anda capai, sama ada yang anda capai melalui portal kami atau portal yang anda capai sendiri.

Dasar Keselamatan

Perlindungan Data


Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

Keselamatan Storan


Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

Soalan Lazim Bahagian Teknikal

1. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya sesebuah Syarikat Kontraktor ingin  mendaftar  lesen syarikatnya dengan MAIDAM?
    

Jawapan :  

Bagi kontraktor yang ingin mendaftar syarikat mereka di MAIDAM, mereka perlu menghantar salinan lesen syarikat  dan dokumen tambahan seperti profail syarikat ke Bahagian Teknikal MAIDAM.
 
      
2. Bagaimanakah MAIDAM membuat pemilihan kontraktor bagi menjalankan projek-projek baik pulih rumah atau bina baru rumah PPRT  MAIDAM?

 

Jawapan :    

Bahagian Teknikal MAIDAM akan menjalankan proses undian bagi menentukan kontraktor yang terpilih untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikian mahupun bina baru yang mana kontraktor-kontraktor yang berdaftar tersebut akan dinilai dan ditapis mengikut kriteria-kriteria yang ditetapkan.

 
 
3. Adakah kontraktor perlu mendaftar kembali syarikat di MAIDAM setiap kali lesen syarikat diperbaharui?


Jawapan :  

Kontraktor tidak perlu berbuat demikian setiap kali memperbaharui lesen, namun sekiranya terdapat pindaan maklumat seperti nama syarikat, alamat ataupun gred pendaftaran lesen, kontraktor perlulah memaklumkan kepada Bahagian Teknikal MAIDAM dengan menghantar salinan lesen terbaru.
       
4.  Masih adakah penjualan rumah MAIDAM yang baharu akan dikeluarkan?

 

Jawapan :  

Penjualan rumah MAIDAM yang baharu akan dikeluarkan di Laman Web MAIDAM dan pembeli yang berminat hendaklah senantiasa membuat semakan di laman web.

 
 

5.  Macammana cara penjualan rumah MAIDAM ?
 
Jawapan :  

Penjualan rumah MAIDAM yang baharu akan melalui proses tender yang akan diiklankan di Laman Web MAIDAM dan borang hendaklah dibeli di Bahagian Teknikal, MAIDAM. Manakala penjualan rumah MAIDAM yang ditolak oleh pembeli sebelumnya adalah melalui permohonan bersurat dari pembeli baharu.



6. Bagaimanakah proses pembelian rumah MAIDAM ?

Jawapan :    

Pembelian rumah  MAIDAM yang baharu dan lama akan melalui proses pindahmilik dengan Peguam Panel yang telah dilantik oleh pihak MAIDAM.

 

7. Macammana cara pemilik ingin menjual tanah atau bangunan milik mereka kepada pihak MAIDAM ?
   

Jawapan :    

Pemilik berkenaan hendaklah menghantar surat penawaran beserta harga tawaran dan salinan geran sebagai bukti tanah atau bangunan yang hendak dijual tersebut milik mereka.

 

8.  Bagaimanakah proses penerimaan dan penolakan penawaran penjualan tanah dan bangunan oleh pihak MAIDAM ?
    

Jawapan :  

Pihak MAIDAM akan membuat perbincangan awal terlebih dahulu berhubung penawaran itu dengan melihat nilaian hartanah yang ditawarkan dan peruntukan kewangan yang ada. Sekiranya hartanah tersebut berpotensi untuk dimajukan, kertas kerja akan disediakan dan diangkat ke Mesyuarat Jk. Eksekutif / Pengurusan MAIDAM bagi kelulusan. Setelah kelulusan diperolehi, pihak MAIDAM akan menghantar salinan geran ke Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta bagi membuat nilaian semasa dan seterusnya proses pindah milik akan dilakukan oleh Peguam Panel lantikan MAIDAM. Pembayaran kepada penjual hartanah akan dilunaskan setelah semua proses di atas selesai.


       
9. Bagaimanakah cara-cara untuk memohon menyewa rumah, bangunan dan tanah milk Wakaf MAIDAM?


  Jawapan :  

Pemohon hendaklah membuat permohonan secara bertulis iaitu membuat surat rasmi dan surat tersebut hendaklah dipos atau dihantar sendiri ke Bahagian Teknikal, MAIDAM.
   
     
10.  Berapakah  jumlah keseluruhan peruntukan tahunan diluluskan  oleh Kerajaan untuk membaikpulih masjid-masjid dan surau-surau yang rosak di seluruh Negeri Terengganu tahun 2014 ?


 Jawapan :  

Bagi kerja-kerja menyelenggara / naiktaraf kecil masjid / surau Negeri Terengganu peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu  kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu adalah sebanyak RM 400,000.00  setahun. Di seluruh Negeri Terengganu terdapat 500 buah masjid dan 1000 buah surau yang memerlukan pembaikian. Perbelanjaan adalah berdasarkan permohonan yang mendapat kelulusan dan tertakluk kepada keptusan pentadbiran ini.

 

11. Apakah fungsi unit Bahagiaan Penyelenggaraan &  Penyeliaan di Bahagian Teknikal?

 Jawapan :    

Bahagiaan Penyelenggaraan & Penyeliaan  bertanggungjawab sepenuhnya di dalam  menyiasat, aduan penyelenggaraan, memantau dan melaksanakan kerja-kerja pembaikian atau baikpulih kerosakan  di masjid/surau, bangunan di bawah Pentadbiran Maidam  dan  SMA Negeri Terengganu.

       
12. Apakah Jenis kerosakan  yang dibaikpulih?
    

Jawapan :  

Kerosakan  yang memberi ketidakpuasan hati dan mengganggu keselesaan para jemaah dan pihak yang terbabit.

  
 

13.  Bagaimanakah  laporan@aduan kerosakan di masjid/surau/SMA boleh dilaporkan?
 

Jawapan :  

 Semua kerosakan boleh dilaporkan kepada Pentadbiran yang dinyatakan di bawah:

Kategori

Pihak Terlibat

Masjid/surau

Bahagian Pengurusan Masjid

SMA Negeri

Bahagian Pendidikan

Bangunan Pejabat

Pentadbiran MAIDAM

  
 

14. Berapa lamakah tempoh sesebuah projek pembangunan/senggara kerja-kerja kecil boleh disiapkan?

Jawapan :    

Tempoh penyiapan sesebuah projek pembangunan atau kerja-kerja kecil adalah tidak sama antara sesebuah projek. Ia bergantung kepada beberapa faktor seperti kos, keadaan fizikal, kerosakan, cuaca, kesan kepada penghuni dan lain-lain.

 
 

Bilangan Pengunjung

Hari ini 40

Hari sebelum 1081

Minggu ini 3282

Bulan ini 6729

Jumlah 2615760

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag

Undian

Apakah Pandangan Anda Terhadap Laman Web Rasmi MAIDAM?