MAIDAM agih RM8.2 juta zakat tahun ini

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) menyalurkan sebanyak RM8.2 juta zakat kepada golongan fakir dan miskin serta saudara baharu tahun ini.

 

 
Yang DiPertua MAIDAM, Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail, berkata pihaknya juga turut membantu menyalurkan bantuan kepada saudara baharu yang mahu menyambung pelajaran, berniaga dan menampung sebahagian kos rawatan kesihatan mereka.
 
"Menjelang Aidilfitri pula, kita akan agihkan bantuan sebanyak RM300 untuk setiap keluarga saudara baharu agar mereka mampu membuat persiapan menyambut kedatangan 1 Syawal dengan selesa dan gembira."
 
"Malah untuk setiap anggota keluarga mereka, kita akan tambah peruntukan sebanyak RM50 seorang dengan ada antara mereka yang akan mendapat sumbangan sebanyak RM700."
 
"Bagi saudara baharu dalam kalangan Orang Asli pula, kita agihkan RM400 untuk setiap keluarga," katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa bersama saudara baharu di sini, malam tadi.
Dikemaskini pada Khamis, 08 Februari 2018 15:07
Nilaikan butir ini
(0 undian)

Bilangan Pengunjung

Hari ini 36

Hari sebelum 1821

Minggu ini 8975

Bulan ini 10181

Jumlah 958302

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag

Undian

Apakah Pandangan Anda Terhadap Laman Web Rasmi MAIDAM?