Pertandingan Kebersihan dan Kecerian Masjid dan Tanah Perkuburan

Baru-baru ini, Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu (MAIDAM) telah menganjurkan pertandingan kebersihan dan keceriaan masjid dan tanah perkuburan Islam peringkat negeri.Pertandingan ini terdiri daripada 14 buah masjid dan 14 buah tanah perkuburan Islam yang mewakili 7 daerah. 

Penghakiman untuk pertandingan ini telah dijalankan selama 4 hari bermula pada 29 September 2013 hingga 2 October 2013.Johan bagi kategori peringkat daerah menerima hadiah wang tunai RM 2,000 manakala tempat keduaRM 1,500 dan tempat ketiga RM 1,000. Kategori peringkat negeri pula, tempat pertama menerima hadiah wang tunai RM 5,000 manakala tempat kedua RM 4,000 dan tempat ketiga RM 3,000. Pemenang akan diumumkan pada majlis sambutan Maulidur Rasul 1435H/2014M.

Dikemaskini pada Selasa, 26 September 2017 23:37
Nilaikan butir ini
(0 undian)

Bilangan Pengunjung

Hari ini 62

Hari sebelum 1137

Minggu ini 1199

Bulan ini 4646

Jumlah 2613677

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag

Undian

Apakah Pandangan Anda Terhadap Laman Web Rasmi MAIDAM?