MAIDAM Serah 5 Van Jenazah

Majlis Penyerahan Van Jenazah telah diadakan pada 14 Safar 1438 bersamaan 14 November 2016 di Dewan Sivik Kampung Kuala Pueh, Hulu Terengganu.

Penyerahan van tersebut disempurnakan oleh Yang Dipertua MAIDAM, YB Dato’ Haji Shaikh Harun bin Shaikh Ismail kepada wakil-wakil yang terlibat iaitu :

1.      Masjid Kampung Kuala Pueh, Hulu Terengganu

2.      Masjid Kampung Sekayu, Hulu Terengganu

3.      Masjid Binjai Rendah, Marang

4.      Masjid Gong Balai, Marang

5.      Kampung Jerangau Sungai, Dungun

Majlis ini turut disaksikan oleh ADUN Telemong merangkap Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, YB Dato’ Haji Rozi bin Haji Mamat dan ADUN Pengkalan Berangan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Transformasi Kerajaan, Komunikasi dan Multimedia Negeri, YB A.Latif bin Awang.

 

Lima buah van jenazah yang disediakan MAIDAM adalah diambil daripada peruntukan zakat sebanyak 3 buah dan sumber am (2 buah).

Dalam majlis yang sama, Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang diwakili oleh Pengurus Besar TNB Terengganu, En Mohd Rashdi Ab Hamid turut menyerahkan sebuah van jenazah kepada YB Dato’ Haji Rozi untuk diagihkan kepada kampung yang memerlukannya.

 

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Terengganu 2015M/1437H

 

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2015M / 1437H telah diadakan di Stadium Negeri, Kuala Terengganu yang bertemak

 

an 'PERPADUAN NADI TRANSFORMASI NEGARA'. KDYMM Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat ke majlis tersebut. 

Terengganu Cadang Bina Bandar Wakaf Pertama Di Malaysia

Majlis Keraian Pengurusan Zakat

Majlis Keraian Pengurusan Zakat

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah mengadakan Majlis Keraian sempena kejayaan Bahagian Zakat MAIDAM dalam pungutan dan agihan zakat bagi tahun 2015. Majlis yang diadakan pada 6 Januari 2016 di Grand Putri Hotel, Kuala Terengganu, telah disempurnakan oleh YB. Dato’ Haji Shaikh Harun bin Shaikh Ismail, Yang DiPertua MAIDAM. 
 

Program Gotong-Royong Perdana

Khamis, 21 Januari 2016, MAIDAM telah mengadakan satu program gotong-royong perdana yang bertujuan untuk memusnahkan tempat-tempat yang menjadi pembiakan nyamuk aedes dalam kawasan Kompleks Seri Iman.

Program Pengagihan Bantuan Modal Zakat 2016

Ahad, 20 Mac 2016, MAIDAM telah mengadakan program pengagihan bantuan modal zakat didewan terbuka Kompleks Seri Iman yang telah disempurnakan oleh YB. Dato' Haji Shaikh Harun Bin Shaikh Ismail kepada 102 orang asnaf dengan jumlah bantuan sebanyak RM385,992.75, sebagaimana lampiran dibawah.

Sultan Mizan Rasmi Persidangan Wakaf Senusantara

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin mengharapkan supaya ada pihak-pihak seperti anak syarikat kerajaan negeri, swasta dan institusi kewangan yang sudi tampil untuk bersama-sama Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) bagi membangunkan tanah-tanah wakaf yang berpotensi untuk dimajukan.

Di samping, bersedia untuk bekerjasama dengan menyumbangkan dana bagi pembangunan hartanah wakaf demi mempertingkatkan taraf ekonomi dan kehidupan rakyat di negeri ini terutama golongan miskin.

Baginda bertitah, di bawah Maidam setakat ini terdapat sebanyak 704 lot tanah wakaf dengan pelbagai tujuan antaranya seperti wakaf tapak masjid, tapak surau, tapak kubur, manfaat wakaf, wakaf am, wakaf zuriat, wakaf anak yatim, wakaf kepada pendidikan agama dan wakaf kebajikan sosial.

                                                                         

Titah baginda, daripada tanah-tanah wakaf ini terdapat tanah-tanah wakaf yang berpotensi untuk dimajukan, namun ianya tidak dapat dilaksanakan memandangkan Maidam kekurangan dana bagi tujuan tersebut.

“Beta dimaklumkan bahawa bagi menampung kekurangan dana, Maidam pada masa ini sedang mempergiatkan usaha mempromosi Wakaf Tunai dengan menggalakkan umat Islam dalam negeri ini untuk mewakafkan wang tunai.

“Dana wakaf tersebut akan ditukar dengan aset-aset kekal melalui pembangunan tanah wakaf sedia ada, pembelian aset yang strategik dan bernilai komersial seperti pembelian rumah kedai, pejabat atau membangunkan tanah perladangan dan perkilangan,” titah baginda ketika merasmikan Majlis Persidangan Wakaf Senusantara 2016 di Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu hari ini.

Turut hadir, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dato’ Seri Jamir Khir Baharom, Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri Dato’ Mohd Zubir Embong dan Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Osman Muda.

Baginda bertitah, wakaf bukan hanya suatu ibadat untuk memperolehi pahala semata-mata tetapi ia juga merupakan instrument bagi pengukuhan ekonomi dan sosial umat Islam.

                                  

 

Sumber : teganukita.my

Seminar Perbankan Islam Peringkat Negeri Terengganu

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dengan kerjasama Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) telah mengadakan Seminar Perbankan Islam pada 15 April 2017 baru-baru ini. Program ini telah diadakan di Hotel Grand Puteri, Jalan Masjid Abidin, Kuala Terengganu.

Hampir 400 orang telah hadir mengikuti seminar ini. Mereka terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat seperti agensi kerjaan, swasta, jawatankuasa masjid, NGO dan orang perseoragan. Program ini diadakan bagi menerangkan kepada masyarakat produk-produk perbankan Islam yang ada di Bank Islam khususnya dan di Malaysia amnya. Dengan penerangan yang diberikan umat Islam tiada alasan lagi untuk tidak menggunakan produk perbankan Islam dan urusan masing-masing. Ceramah telah disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Nazri Chik, Pengurus Besar, Ketua Pegawai Shariah Kumpulan, Bahagian Shariah BIMB.

Perasmian penutup telah disempurnakan oleh YB Dato' Haji Shaikh Harun Shaikh Ismail, Yang Dipertua MAIDAM. Turut hadir Tuan Haji Wan Malik Wan Sidik, Ahli Majlis MAIDAM, Tuan Haji M.Rozi Bidin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM dan Puan Wan Rosita Wan Mohamad, Ketua Wilayah Timur BIMB.  

Klik pada gambar di bawah untuk melihat gambar seterusnya.

Bilangan Pengunjung

Hari ini 919

Hari sebelum 677

Minggu ini 5790

Bulan ini 17985

Jumlah 1007371

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag

Undian

Apakah Pandangan Anda Terhadap Laman Web Rasmi MAIDAM?