Majlis Keraian Pengurusan Zakat
- 06 Januari 2016 |
- Diterbitkan dalam Berita 2016
- Ditulis oleh Administrator
- Jadi pengulas yang pertama
Akademi Kulinari Terengganu (AKT) berpusat di Marang bersedia melatih kalangan asnaf bukan sahaja rakyat Terengganu tetapi dari luar negeri ini yang berminat dalam bidang pembuatan kek dan roti.
Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman bagi tahun 1437H bersamaan 2016M telah diadakan pada 1 - 3 Mac 2016 yang lalu bertempat di Dewan Arena, Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu Darul Iman.Qari
Ahad, 20 Mac 2016, MAIDAM telah mengadakan program pengagihan bantuan modal zakat didewan terbuka Kompleks Seri Iman yang telah disempurnakan oleh YB. Dato' Haji Shaikh Harun Bin Shaikh Ismail kepada 102 orang asnaf dengan jumlah bantuan sebanyak RM385,992.75, sebagaimana lampiran dibawah.
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin mengharapkan supaya ada pihak-pihak seperti anak syarikat kerajaan negeri, swasta dan institusi kewangan yang sudi tampil untuk bersama-sama Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) bagi membangunkan tanah-tanah wakaf yang berpotensi untuk dimajukan.
Di samping, bersedia untuk bekerjasama dengan menyumbangkan dana bagi pembangunan hartanah wakaf demi mempertingkatkan taraf ekonomi dan kehidupan rakyat di negeri ini terutama golongan miskin.
Baginda bertitah, di bawah Maidam setakat ini terdapat sebanyak 704 lot tanah wakaf dengan pelbagai tujuan antaranya seperti wakaf tapak masjid, tapak surau, tapak kubur, manfaat wakaf, wakaf am, wakaf zuriat, wakaf anak yatim, wakaf kepada pendidikan agama dan wakaf kebajikan sosial.
Titah baginda, daripada tanah-tanah wakaf ini terdapat tanah-tanah wakaf yang berpotensi untuk dimajukan, namun ianya tidak dapat dilaksanakan memandangkan Maidam kekurangan dana bagi tujuan tersebut.
“Beta dimaklumkan bahawa bagi menampung kekurangan dana, Maidam pada masa ini sedang mempergiatkan usaha mempromosi Wakaf Tunai dengan menggalakkan umat Islam dalam negeri ini untuk mewakafkan wang tunai.
“Dana wakaf tersebut akan ditukar dengan aset-aset kekal melalui pembangunan tanah wakaf sedia ada, pembelian aset yang strategik dan bernilai komersial seperti pembelian rumah kedai, pejabat atau membangunkan tanah perladangan dan perkilangan,” titah baginda ketika merasmikan Majlis Persidangan Wakaf Senusantara 2016 di Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu hari ini.
Turut hadir, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dato’ Seri Jamir Khir Baharom, Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri Dato’ Mohd Zubir Embong dan Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Osman Muda.
Baginda bertitah, wakaf bukan hanya suatu ibadat untuk memperolehi pahala semata-mata tetapi ia juga merupakan instrument bagi pengukuhan ekonomi dan sosial umat Islam.
Sumber : teganukita.my
Hari ini 110
Hari sebelum 3453
Minggu ini 110
Bulan ini 71325
Jumlah 1745796