Latar Belakang Wakaf


Wakaf adalah satu ibadat menyerahkan harta yang kita miliki untuk kegunaan masyarakat Islam dengan niat sebagai ibadah untuk mendekatkan diri kita kepada Allah Subhana Wa Taala.

Para ahli figh dan ulama’ berpendapat amalan wakaf merupakan ibadat yang berbentuk sedekah jariah yang menjanjikan ganjaran pahalayang berkekalan dan mengalir terus kepada pewakaf hingga ke akhirat dan sangat dituntut dalam agama Islam. Ia merupakan suatu amal soleh yang mana pahalanya akan diberikan secara berterusan oleh Allah Subhanahu Wa Taala kwpad pewakaf selagi harta atau ain yang diwakafkan itu kekal dan dimanfaatkan. Kedudukan harta wakaf adalah kekal sebagai hak Allah Taala dengan demikian kekdudukan harta wakaf tidak boleh dimiliki, dijual, dihibah (diberi), diwarisi dan dipusakai.

Allah S.W.T. telah mensyariatkan wakaf, menganjur dan menjadikannya sebagai salah satu agenda untuk mendampingkan diri kepada-NYA dan memberikan pahala yang cukup besar bagi sesiapa yang menginfaqkan harta mereka ke jalan Allah Taala sebagaimana firman Allah yang bermaksud:-


    “Bandingkan (pahala) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah umpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat serratus biji. Dan ingatlah Allah melipatkan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (Kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.”

HUKUM MEWAKAFKAN HARTA


Wakaf di sis Jumhur Ulama’ selain dari Mazhab Hambali hukumnya sunat yang digalakkan. Ianya terjumlah dari amalan pemberian sedekah yang digalakkan.

KEDUDUKAN WAKAF


Di sisi Muhammad bin Hassan, Mazhab Shafie dan Hanbali – Wakaf itu sekiranya sah adalah perkara mesti (lazim) dan tidak boleh dibatalkan dengan kata-kata atau dengan lain-lain cara, juga terputus kuasa pewakaf terhadapnya dan tidak boleh dirujuk semula serta hilanglah milik pewakaf itu dari asset yang diwakafkan.

FAEDAH AMALAN WAKAF


•    Ibadat wakaf menjanjiakan pahala yang berterusan.
•    Ibadat wakaf meningkatkan lagi syiar Islam di kalangan masyaratakat.
•    Ibadat wakaf berpotensi untuk membangunkan taraf sosio-ekonomi umat Islam.

Dikemaskini pada Khamis, 08 Februari 2018 12:37
Nilaikan butir ini
(0 undian)
Lagi dalam kategori ini: « Syarat-Syarat Sah Wakaf

Bilangan Pengunjung

Hari ini 59

Hari sebelum 586

Minggu ini 3397

Bulan ini 23424

Jumlah 1040826

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag

Undian

Apakah Pandangan Anda Terhadap Laman Web Rasmi MAIDAM?