Hari yang ditinggalkan x tahun gandaan x 1 cupak = Fidyah
KADAR BAYARAN TUNAI
• Kadar bayaran fidyah bagi satu hari puasa yang ditinggalkan ialah satu cupak beras yang boleh dibuat zakat Fitrah (1/4 gantang Baghdad)
• Dalam bentuk nilaian, berdasarkan kepada kadar yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu sehingga tahun 2014, secupak beras bersamaan dengan 650 gram dinilai dengan kadar RM1.95.
CONTOH:-
Jika seseorang meninggalkan puasa selama 3 hari dan tidak menggantikan puasanya sehingga terlepas 3 kali bulan Ramadhan, maka kadar fidyahnya ialah:
RM1.95(1 cupak) x 3 hari x 3 tahun = RM17.55
BAYARAN FIDYAH
Perkiraan dan bayaran boleh dibuat dengan wang tunai kepada MAJLIS AGAMA DAN ADAT MELAYU TERENGGANU.