• Harta Pusaka adalah semua harta yang dimiliki oleh si mati semasa hayatnya secara halal dan berterusan hak miliknya hingga kematiannya.
HARTA PUSAKA TERMASUK
• Semua harta yang diperoleh secara halal melalui jual beli, hibah, wasiat, pembahagian pusaka, hadiah, sedekah dan sebagainya.
• Sewa yang masih belum dijelaskan kepada si mati
• Hutang kepada si mati yang dijelaskan selepas kematiannya.
• Dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
• Barang yang terbit selepas kematianya dari usaha semasa hayatnya, misalnya ikan yang masuk ke dalam bubu yang ditahan oleh si mati.
HARTA PUSAKA TIDAK TERMASUK
• Harta yang telah diberi (hibah), dijual, diwakafkan, dan dipegang amanah si mati kepada seseorang semasa hayatnya.
• Khairat kematian
• Pemberian oleh orang yang menziarahi kematian
• Imbuhan, pampasan dan saguhati
• Pencen terbitan
• Bayaran-bayaran di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja (PERKESO)
• Harta yang dipinjamkan daripada orang semasa hayatnya