Johan Qari Jelajah Seluruh Terengganu

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) mengambil langkah proaktif bagi merangsang kejayaan anak Terengganu, Ahmad Tirmizi Ali sebagai Johan Qari Antarabangsa apabila menganjurkan Program Jelajah Johan Qari Antarabangsa 2014, bermula semalam.


Penganjuran program dengan kerjasama kerajaan negeri itu sebagai pendekatan terbaru untuk menyuntik semangat golongan muda serta penghargaan kepada seluruh rakyat yang sentiasa menyokong perjuangan Ahmad Tirmizi selama ini.

Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Dato’ Mohd Rozali Saleh, berkata program itu juga sebagai motivasi kepada ibu bapa dan seluruh rakyat Terengganu untuk menjadikan johan qari berkenaan sebagai ikon dan idola di dalam bidang Al-Quran.

Program pertama penjelajahan dengan kerjasama Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu bermula di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang, Kuala Terengganu, malam tadi.

“Seramai 500 tetamu melibatkan ketua jabatan, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung serta kira-kira 200 pelajar sekolah menengah kebangsaan, agama serta madrasah dan pondok yang berdaftar di sekitar Kuala Terengganu dijemput memeriahkan majlis itu.

“Di majlis itu, Tirmizi diundang untuk menyampaikan kuliah maghrib dan motivasi ringkas, selain beliau juga mengimamkan solat Maghrib dan Isyak berjemaah bersama tetamu yang hadir,” katanya.

Katanya, Maidam akan meneruskan penjelajahan ke daerah lain dalam jangka masa terdekat. Bagaimanapun, jadual program ke daerah lain tertakluk kepada perbincangan dan ruang masa yang dipersetujui johan qari itu sendiri.

Tambah beliau, program itu dapat mendekatkan ikon agama berkenaan dengan masyarakat yang mahu berkongsi dan mendengar sendiri pengalaman, sekaligus menarik lebih ramai golongan pelapis serta ibu bapa untuk membentuk generasi muda yang mencintai al-Quran.

Sumber : teganukita

Dikemaskini pada Selasa, 26 September 2017 23:38
Nilaikan butir ini
(0 undian)

Bilangan Pengunjung

Hari ini 240

Hari sebelum 2300

Minggu ini 7178

Bulan ini 8092

Jumlah 223719

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag

Undian

Apakah Pandangan Anda Terhadap Laman Web Rasmi MAIDAM?