Program Turun Padang Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu dan Pegawai Kanan MAIDAM ke Daerah Besut.

Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu bersama 27 Pegawai Kanan MAIDAM telah mengadakan Program Turun Padang ke Daerah Besut pada 16 hingga 17 Oktober 2014 beru-baru ini.

Pada hari pertama, program tersebut telah dimulakan dengan acara Majlis Pelancaran Pejabat Masjid Taman Ilmu, Mukim Tembila oleh Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Dato’ Haji Mohd Rozali bin Saleh.

Sebelum itu, Pesuruhjaya telah menyampaikan hasrat dan amanat MAIDAM kepada pegawai-pegawai masjid serta ahli jawatankuasa (AJK) masjid untuk program pengimarahan masjid-masjid Daerah Besut. Pada malamnya,program Forum Perdana Ehwal Islam bersama Dato’ Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu telah dilaksanakan di Dataran Masjid Kg Darau, Besut.

Manakala pada hari kedua, program dimulakan dengan Majlis Perasmian Program Gotong Royong oleh Pesuruhjaya di Perkampungan Orang Asli Sungai Sayap, Hulu Besut. 

Akhir sekali, Pesuruhjaya dan para pegawai MAIDAM telah pergi melawat tapak masjid baru di Kg Lapan Kotak. Program Turun Padang ini telah dilaksanakan bagi tujuan untuk mendekatkan diri pegawai-pegawai MAIDAM dengan masyarakat setempat terutamanya di kawasan pedalaman. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk mengetahui masalah-masalah masyarakat orang asli dan memberi apa-apa bantuan yang perlu kepada mereka.

 

KLIK UNTUK MELIHAT FOTO SEKITAR PROGRAM

Nilaikan butir ini
(0 undian)

Bilangan Pengunjung

Hari ini 973

Hari sebelum 1209

Minggu ini 973

Bulan ini 23884

Jumlah 545938

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag

Undian

Apakah Pandangan Anda Terhadap Laman Web Rasmi MAIDAM?