• Zakat Berasal dari perkataan Arab "al-zakat" yang membawa maksud suci, rahmat, berkat, berkembang , subur, bertambah dan sedekah.
• Dari segi istilah, zakat bermaksud penyerahan yang wajib dilakukan ke atas sebahagian harta kekayaan dari sumber yang baik yang dimiliki seseorang Muslim kepada golongan yang berhak menerimanya.
Dalil
" Hai orang-orang beriman! Nafkahkan lah ( di jalan Allah ) sebahagian daripada hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu."
( Surah Al-Baqarah 2:267)
" Maka sesungguhnya Rasulullah S.A.W menyuruh kami mengeluarkan zakat daripada harta benda yang kami sediakan untuk dijual (urud al-tijarah)."
( Riwayat Abu Daud )
Syarat Wajib Zakat
• Islam
• Merdeka
• Cukup Nisab
• Cukup Haul
• Milik Sempurna
• Niat berniaga
Kadar Zakat
• 2.5 %
Syarat Sah Zakat
• Niat
Jenis-Jenis Zakat
Zakat Fitrah :
Zakat Fitrah adalah zakat yang diwajibkan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan Muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang tertentu dan boleh dibayar pada bulan Ramadhan sehingga pagi 1 Syawal sebelum melaksanakan Solat Sunat Aidil Fitri.
Zakat Harta :
Zakat harta ialah zakat yang dikenakan ke atas harta-harta tertentu dan boleh dibayar pada bila-bila masa. Kadar zakat harta ialah 2.5% dari jumlah harta. Zakat harta wajib dikeluarkan kerana ia adalah satu jalan jihad kepada Allah dan Islam.
Zakat harta terbahagi kepada beberapa jenis :
- Zakat Wang Simpanan (termasuk KWSP)
- Zakat Perniagaan (termasuk saham)
- Zakat Pendapatan
- Zakat Binatang Ternakan
- Zakat Emas dan Perak
- Zakat Pertanian
- Zakat Galian (Emas dan Perak)