A A A

A- A A+
apc 118 Julai 2022 (Isnin):- Program Pembentangan Hala Tuju Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah berlangsung di Auditorium Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Kuala Terengganu. Pembentangan yang disampaikan oleh YBrs. Prof Madya Dr. Ahmad Azrin bin Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM itu menjelaskan berkenaan strategi yang disusun dalam usaha meningkatkan kecemerlangan perkhidmatan di MAIDAM, merangkumi pengurusan zakat, wakaf, sumber am dan lain-lain perkara yang dijalankan di MAIDAM. Beliau juga berkata, menetapkan sasaran adalah suatu perkara yang penting bagi merangka strategi gerak kerja yang perlu dilaksanakan demi mencapai sesuatu matlamat yang diimpikan. Perpaduan dalam kalangan rakan sekerja juga perlu dititik beratkan supaya wujud kerjasama yang utuh demi mencapai kecemerlangan khususnya dalam menjaga sosio ekonomi masyarakat Terengganu.
apc 2Pada majlis yang sama juga, turut berlangsung penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahunan bagi tahun 2021, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dwi Bulanan bagi Januari - Februari 2022 dan Mac - April 2022.

Bilangan Pengunjung

Hari ini 44

Hari sebelum 688

Minggu ini 5184

Bulan ini 6739

Jumlah 2564787

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag