A A A

A- A A+
tebakar kemaman
10 April 2022 (Ahad) : Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM telah pergi ke daerah Kemaman bagi menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kampung Tengah, Chukai dan Kampung Batu Penunjuk, Kijal. 

Kebakaran di Kampung Tengah hanya melibatkan sebuah rumah sahaja, manakala di Kampung Batu Penunjuk melibatkan empat buah rumah.

terbakar kemaman april 2022 1
Dr. Ahmad Azrin sempat bertemu mata dan menyampaikan sumbangan kepada semua mangsa yang terlibat dengan kebakaran selain memberikan kata-kata semangat supaya tabah dalam menghadapi ujian ini.

Turut mengiringi beliau sepanjang lawatan tersebut ialah En. Abdul Razak bin Abdul Rahman, Ketua Penolong Setiausaha Pengurusan Mal, En. Muhamad Syarif bin Omer, Penolong Setiausaha Perhubungan Korporat dan Promosi, dan En. Abd. Fatah bin Mamat, Pegawai MAIDAM Daerah Kemaman.


Bilangan Pengunjung

Hari ini 191

Hari sebelum 886

Minggu ini 2013

Bulan ini 14117

Jumlah 2521934

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag