A A A

A- A A+



AGIH ZAKAT RAYA 1443H

10 April 2022 (Ahad) - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) memperuntukkan sebanyak RM12.5 juta untuk membantu meringankan beban asnaf fakir dan miskin bagi menyambut bulan Ramadan tahun ini.

Yang Dipertua MAIDAM, YB Dato' Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata, seramai 19,042 Ketua Isi Rumah (KIR) golongan miskin dan 2,145 golongan fakir menerima bantuan antara RM500 hingga RM700.

"Seramai 8,901 KIR yang mempunyai tanggungan melebihi tiga orang akan menerima bantuan sebanyak RM700, manakala 10,141 KIR yang mempunyai tanggungan kurang daripada tiga orang pula menerima bantuan sebanyak RM500 seorang. Pembayaran bantuan kepada golongan itu akan dimasukkan terus ke akaun penerima berkuat kuasa hari ini," katanya.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan dan Ketua Penolong Setiausaha (Pengurusan Zakat), Nazli Amirri Ngah.


Bilangan Pengunjung

Hari ini 172

Hari sebelum 886

Minggu ini 1994

Bulan ini 14098

Jumlah 2521915

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag