A A A

A- A A+
as
5 April 2022 (Selasa) - Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, YBrs. Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin bin Adnan menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Tabung Haji Negeri, Tuan Haji Nizan Johar bin Abdul Wahab di bilik mesyuarat bersama-sama beberapa pegawai Tabung Haji yang lain.

Perbincangan yang berlangsung ketika kunjungan tersebut berkaitan usaha-usaha bagi memudahkan asnaf mendaftar akaun Tabung Haji melalui kerjasama MAIDAM dalam program-program yang akan dijalankan bermula minggu hadapan. Secara tidak langsung, usaha ini membantu asnaf mendekatkan diri ke arah menunaikan rukun Islam yang kelima iaitu menunaikan haji bagi yang berkemampuan. MAIDAM juga mengucapkan penghargaan atas komitmen Tabung Haji yang sentiasa menjadi pembayar zakat yang tertinggi di Terengganu.


Bilangan Pengunjung

Hari ini 130

Hari sebelum 886

Minggu ini 1952

Bulan ini 14056

Jumlah 2521873

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag