BANTUAN MODAL BUAT ORANG ASLI

Jumlah paparan: 19

125853712 1447412955447678 2912639883120242128 o

Kemaman - Nordin bin Abdullah serta isteri merupakan komuniti orang asli dari Sungai Pergam telah menerima Bantuan Modal Perniagaan Masyarakat Orang Asli daripada MAIDAM. Mereka menjalankan perniagaan kedai runcit dalam komuniti orang asli di sana. Bantuan tersebut telah disampaikan oleh Tuan Haji Abdul Halim Lim bin Abdul Rahman, Penolong Setiausaha (Dakwah Saudara Kita).

MAIDAM sentiasa menitik beratkan urusan bantuan bagi muallaf dan pusat operasi sekarang berada di Kompleks Darul Hidayah (Belakang Kompleks Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu, Kuala Terengganu). Semua permohonan bantuan zakat di Terengganu boleh dimohon secara online.