A A A

A- A A+

PENYERAHAN ZAKAT PERNIAGAAN TIGA SYARIKAT & PEMBAYARAN DIVIDEN ANAK SYARIKAT MAIDAM PROPERTY

Jumlah paparan: 109

DSC 0346
1 September 2020 (Selasa) – Satu majlis penyerahan zakat dari tiga organisasi iaitu Bank islam Malaysia Berhad (BIMB), MAIDAM Property Sdn. Bhd (MPSB) dan Koperasi Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).

Dalam majlis tersebut Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) telah menyerahkan zakat perniagaannya untuk tahun 2019 berjumlah RM304,000.00 manakala Maidam Property Sdn. Bhd RM79,304.13 dan KoMAIDAM sebanyak RM22,000.00 kepada pihak MAIDAM. Penyerahan telah disempurnakan oleh Ustaz Mohd Nazri b Chik, Pengurus Besar Strategic Relationship, Bank Islam Malaysia Berhad, En. Wan Farid Imran b Wan A. Latif, Pengurus Besar Maidam Property Sdn. Bhd dan Tuan Haji Ahmad Nordin b Alias,  Pengerusi KoMAIDAM kepada Yang Dipertua MAIDAM, YBhg. Dato’ Haji Osman b Muda.

DSC 0345
Selain itu juga, turut berlangsung penyerahan dividen hasil dari keuntungan bagi tahun pertama anak syarikat MAIDAM iaitu MAIDAM Property Sdn Bhd (MPSB) sebanyak RM1,088,551.00. Majlis tersebut turut disaksikan oleh Tuan Haji M. Rozi bin Bidin, selaku Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Ustaz Nazli Amirri bin Ngah (KPSU Pengurusan Zakat), Rosmawati binti Mohamaed Zin (Regional Manager BIMB) dan Syed Ahmad Kamil (Deposit Manager BIMB).

Bilangan Pengunjung

Hari ini 102

Hari sebelum 758

Minggu ini 5868

Bulan ini 23875

Jumlah 1013261

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag

Undian

Apakah Pandangan Anda Terhadap Laman Web Rasmi MAIDAM?