Dana Ramadan Disalur Terus Ke Akaun Asnaf

Jumlah paparan: 786

dato osman muda
YBhg. Dato' Haji Osman bin Muda, Yang Dipertua MAIDAM.


KUALA TERENGGANU: Buat kali pertama bantuan Dana Ramadan berjumlah RM11 juta akan dikreditkan terus ke akaun asnaf secara berperingkat mulai Ahad ini.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM), Datuk Osman Muda, berkata keputusan mengkreditkan bantuan terus ke akaun asnaf dibuat sebagai mematuhi larangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dengan keputusan itu, jelasnya, tiada lagi pengagihan dilakukan secara tunai di masjid atau surau oleh amil, seperti dilakukan tahun lalu.

“Bantuan dana kepada 23,000 asnaf yang dikategorikan sebagai fakir dan miskin itu sepatutnya dilakukan pada minggu pertama Ramadan, tetapi kita memutuskan membuat bayaran awal bagi meringankan beban golongan berkenaan membuat persiapan awal menyambut Ramadan.

“Setiap fakir dan miskin akan menerima bantuan antara RM400 dan RM600, bergantung kepada jumlah tanggungan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Semua penerima sudah dihubungi sejak dua minggu lalu dan didapati semua mereka ada akaun.

Sumber : www.bharian.com.my

Bilangan Pengunjung

Hari ini 419

Hari sebelum 998

Minggu ini 419

Bulan ini 12138

Jumlah 930548

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag

Undian

Apakah Pandangan Anda Terhadap Laman Web Rasmi MAIDAM?