A A A

A- A A+

MAJLIS PELANCARAN WAKAF PERKUBURAN ISLAM PAYA BUNGA, KUALA TERENGGANU

Jumlah paparan: 232

waqaf2YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar Menteri Besar Terengganu telah merasmikan majlis 

26 Februari 2020 Rabu, MAIDAM telah mengadakan satu Majlis Pelancaran Wakaf Perkuburan Islam Paya Bunga, Kuala Terengganu di Primula Beach Hotel. Tanah perkuburan Islam tersebut terletak di lot PT 4431 dengan keluasan 5.1832HA dan terletak di tengah pusat Bandaraya Kuala Terengganu. Cadangan pelaksanaan tanah perkuburan Islam ini adalah bagi menaiktaraf supaya susun atur tapak kubur tersebut lebih sistematik dan mempunyai pengurusan yang baik.

waqaf
Tn Haji M Rozi bin Bidin berkata "Kubur- kubur itu akan ditambahbaik agar kelihatan lebih tersusun dan menarik dan akan menjadi tanah perkuburan dalam taman".
Waris si mati juga boleh mendapatkan segala maklumat, termasuk kedudukan kubur melalui kemudahan sistem e- Pusara yang akan disediakan. Selain daripada itu, antara kemudahan awam lain yang akan disediakan ialah dewan serbaguna, surau, tandas, ruang menunggu dan pejabat pengurusan. Pemasangan lampu bagi kemudahan pengebumian, membina wakaf bagi kemudahan pengunjung dan tempat letak kenderaan awam. Tujuan utama majlis pelancaran ini adalah untuk menghebahkan tentang kepentingannya dan mengajak orang ramai untuk turut serta berwakaf bagi menjayakan projek ini. Orang ramai boleh berwakaf dengan cara-cara berikut iaitu pembayaran di mana-mana kaunter MAIDAM, kaunter Bank Muamalat atau JomPAY dengan biller code 36269.

Majlis tersebut yang telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu dan di hadiri oleh Ahli-ahli majlis MAIDAM, pegawai kanan kerajaan Negeri Terengganu dan ketua-ketua jabatan. Majlis ini juga telah menerima sumbangan dari Kerajaan Negeri Terengganu sebanyak RM 500,000.00, Norlan United RM 20,000.00, MAIDAM Property RM 20,000.00, Global Wave Landscape RM20,000.00 dan Bank Muamalat RM15,000.00.

Bilangan Pengunjung

Hari ini 1670

Hari sebelum 1779

Minggu ini 1670

Bulan ini 8867

Jumlah 628116

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag

Undian

Apakah Pandangan Anda Terhadap Laman Web Rasmi MAIDAM?