Temuduga Kursus Kemahiran Belia di Akademi Binaan Malaysia Wilayah Timur

Jumlah paparan: 285

2
20 Februari 2020 Khamis MAIDAM bersama ABM telah mengadakan temuduga kursus kemahiran belia di Akademi Binaan Malaysia Wilayah Timur, Jenagor, Hulu Terengganu.

Seramai 71 orang lelaki anak-anak asnaf yang layak hadir temuduga dan bersama-sama ibubapa penjaga turut dijemput hadir. Kursus yang ditawarkan ialah:
1. Scaffolding Erection + Working At Height
2. Gas Pipe Fitting + Mechanical
Fitter
3. Backhoe Loader Operation + Hydraulic Excavator Operation
4. Mobile Crane Operation + Crawler Crane Operation
Yuran dan elaun latihan kursus di taja sepenuhnya oleh MAIDAM di bawah peruntukan zakat latihan anak asnaf

Taklimat kursus dan laluan kerjaya disampaikan oleh En. Mohamad Zaki b. Ismail pengurus latihan ABM. Ketua Penolong Setiausaha (Pengurusan Zakat) MAIDAM Ustaz Nazli Amirri b. Ngah turut hadir sama dalam program temuduga dan temu murni bersama-sama calon anak asnaf serta menyampaikan motivasi dan kata-kata semangat kepada anak asnaf. Harapan MAIDAM supaya anak-anak asnaf berjaya dunia dan akhirat. Dengan pengalaman, kemahiran dan ilmu dapat memberi manafaat kepada negara dan berbakti kepada kedua ibubapa. Adalah menjadi harapan juga, mereka tergolong dalam pembayar zakat dan dapat membantu saudara seagama islam yang memerlukan. 

1

Bilangan Pengunjung

Hari ini 438

Hari sebelum 998

Minggu ini 438

Bulan ini 12157

Jumlah 930567

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag

Undian

Apakah Pandangan Anda Terhadap Laman Web Rasmi MAIDAM?