A A A

A- A A+

KEMPEN ZAKAT PENDAPATAN (POTONGAN ZAKAT)

Jumlah paparan: 422

1
KUALA TERENGGANU - Kempen pembayaran Zakat Pendapatan (Potongan Gaji) telah dilaksanakan sepanjang bulan Januari 2020, Tujuan utama program tersebut diadakan adalah untuk mempertingkatkan hasil kutipan dan juga pengagihan zakat serta kesedaran orang ramai terhadap zakat pendapatan melalui potongan gaji. Pelbagai hadiah menarik telah ditawarkan sepanjang kempen itu berlangsung dan majlis cabutan bertuah telah dilakukan di Mydin Mall Kuala Terengganu pada 1 Februari 2020.

Program tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Tuan Haji M.Rozi bin Bidin, turut hadir bersama ialah Ketua Penolong Setiausaha (Khidmat Pengurusan), En. Mohd Fauzi bin Muda dan Penolong Kanan Setiausaha (Teknologi Maklumat), Tuan Haji Ahmad Nordin bin Alias. Program ini juga bertujuan untuk mendedahkan maklumat kepada masyarakat mengenai zakat dan wakaf. Antara mereka yang bertuah pada malam tersebut ialah En. Ely bin Leman dari Jabatan Polis DiRaja Malaysia yang telah memenangi hadiah utama iaitu sebuah telefon bimbit iPhone 11.


KEMPEN                                                 Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM Tuan Haji M.Rozi bin Bidin telah merasmikan program tersebut


KEMPEN2                                                                   Pemenang hadiah utama cabutan bertuah En Ely bin Leman dari Jabatan PDRM

Bilangan Pengunjung

Hari ini 293

Hari sebelum 1206

Minggu ini 3776

Bulan ini 8488

Jumlah 926898

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag

Undian

Apakah Pandangan Anda Terhadap Laman Web Rasmi MAIDAM?