
9 November 2019 Sabtu - Perarakan Maulidur Rasul 2019-1441H. Pihak MAIDAM turut menyertai pertandingan di bawah kategori Jabatan Kerajaan Negeri dan Badan Berkanun Negeri yang dibarisi oleh 30 orang peserta. Jarak perarakan sejauh 2.4 km, yang bermula di dataran Shah Bandar melalui Jalan Sultan Zainal Abidin, Bulatan Batu Bersurat, Jalan Sultan Mahmud dan berakhir di Stadium Negeri, Kuala Terengganu. Pasukan MAIDAM ini diketuai oleh ketua kontinjen En. Hishamliza bin Zakaria.

Majlis Perasmian Di Stadium Negeri oleh Kebawah Duli yang Maha Mulia Sultan Mizan Zainal Abidin. Turut hadir sama Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, ahli-ahli mesyuarat kerajaan negeri dan ketua-ketua jabatan. Bilangan pasukan yang terlibat dalam perarakan adalah seramai 63 pasukan.