LAWATAN KERJA YANG BERHORMAT DATO' YANG DI-PERTUA DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU KE MAIDAM

Jumlah paparan: 209

adun 1
11 November 2019 Isnin - Lawatan kerja Yang Berhormat Dato' Yang Di-Pertua Dewan Undangan Negeri Terengganu Y.B Haji Yahaya bin Ali ke Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu bersama Setiausaha Dewan Undangan Encik Zulkifly bin Isa dan beberapa Y.B DUN juga turut hadir pada lawatan ini. Wakil pihak MAIDAM yang diketuai oleh Yang Di-Pertua MAIDAM Dato' Haji Osman bin Muda, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM Haji M. Rozi bin Bidin dan beberapa pegawai kanan MAIDAM yang turut sama hadir di program ini. Tujuan lawatan ini adalah untuk membincangkan dan mengetahui kemajuan yang sedang berlaku dari pihak yang dilawati dan isu-isu yang berbangkit dalam sidang DUN. Antara wakil DUN yang hadir adalah terdiri daripada Y.B DUN Tepoh, Y.B DUN Pengkalan Berangan, Y.B DUN Batu Buruk, Y.B DUN Teluk Pasu, Y.B DUN Manir, Y.B DUN Sura dan Senator Y.B Hajah Zuraida binti Md. Noor.

adun

Antara yang turut hadir sama adalah wakil dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Pertubuhan Sejahtera yang dipimpin oleh Y.B Dato' Speaker sendiri, pertubuhan ini juga turut menawarkan kerjasama strategik dengan pelbagai pihak termasuk dalam bentuk khidmat sosial bersama masyarakat.

adun2

Bilangan Pengunjung

Hari ini 60

Hari sebelum 835

Minggu ini 4455

Bulan ini 13780

Jumlah 229407

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag

Undian

Apakah Pandangan Anda Terhadap Laman Web Rasmi MAIDAM?