A A A

A- A A+

PROGRAM WALK & HIKE FOR WAKAF MAIDAM

Jumlah paparan: 755

hike3

hike1

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah berjaya menganjurkan program kesedaran berwakaf 'Walk & Hike 4 Wakaf 2019'. Program ini telah berlangsung pada 12 Oktober 2019 (Sabtu) dan bertempat di Bukit Besar dan sekitar Taman Rekreasi Padang Hiliran, Kuala Terengganu.

hike2

hike6

Pelepasan program bermula di perkarangan Kompleks Seri Iman dan dilepaskan oleh YBrs. Tn Haji M. Rozi bin Haji Bidin. Majlis penutup pula disempurnakan oleh YBhg. Dato' Haji Osman bin Muda bertempat di Dewan Terbuka, JHEAT. Program ini telah mendapat sambutan hangat daripada masyarakat. Seramai 1503 peserta telah mendaftar dan yuran yang dikenakan sebanyak RM30 bagi dewasa dan RM20 bagi kanak-kanak disalurkan terus kepada Akaun Kerjasama Wakaf MAIDAM-Bank Rakyat.

Program pertama hasil daripada kerjasama ini akan didirikan sebuah pusat hemodialisis wakaf yang memberikan manfaat kepada pesakit yang kurang berkemampuan. Orang ramai boleh terus berwakaf kepada akaun ini menerusi JomPay dengan biller code 20461. MAIDAM berharap program sebegini dapat menyuburkan lagi amalan dan budaya berwakaf di dalam masyarakat khususnya di Terengganu.

hike10

hike11 hike12


Klik di sini untuk melihat gambar program.

Bilangan Pengunjung

Hari ini 93

Hari sebelum 1288

Minggu ini 1381

Bulan ini 2587

Jumlah 950708

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag

Undian

Apakah Pandangan Anda Terhadap Laman Web Rasmi MAIDAM?