A A A

A- A A+

MAJLIS GRADUASI AKADEMI KULINARI TERENGGANU KALI KE - 6

Jumlah paparan: 83

AKT 1

29 September 2019 ( Ahad) – Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dan GIATMARA Malaysia menganjurkan Majlis Graduasi Akademi Kulinari Terengganu (AKT) kali ke – 6 di Dewan Serbaguna Perkaya Excellence Centre, Marang Terengganu.

Seramai 49 orang pelatih bagi sesi 10, 11, dan 12 yang terdiri daripada anak-anak asnaf seluruh Terengganu menerima Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang kemahiran Confectionary & Bakery di dalam majlis yang disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato’ Haji Osman bin Muda, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM). Bersempena Majlis Graduasi ini juga turut diadakan Kursus Keusahawanan dengan tujuan memberi pendedahan kepada graduan mengenai cara-cara meraih pendapatan melalui pelbagai kaedah pemasaran dalam perniagaan.

AKT 3

Yang Berbahagia Dato’ Haji Osman bin Muda, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dalam ucapan perasmiannya mengharapkan agar para pelatih sentiasa berkeyakinan dan bersedia untuk mengembangkan kemahiran yang ada di luar sana. Jadikanlah kejayaan pada hari ini sebagai titik tolak untuk terus mengecapi kejayaan di masa hadapan sekaligus dapat membantu dan mengubah nasib keluarga.


AKT 2YBhg. Dato' Haji Osman bin Muda, Yang Dipertua
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM)

Bermula daripada tahun 2012 sehingga kini, seramai hampir 368 anak-anak asnaf daripada negeri Terengganu telah berjaya menamatkan latihan di AKT. Sebanyak 18 modul dalam bidang Confectionary & Bakery yang melibatkan 20% teori dan 80% praktikal diajar dengan tempoh latihan selama 6 bulan.

AKT 4AKT 5

AKT 6

Bilangan Pengunjung

Hari ini 209

Hari sebelum 793

Minggu ini 209

Bulan ini 10066

Jumlah 178903

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag

Undian

Apakah Pandangan Anda Terhadap Laman Web Rasmi MAIDAM?