19 September 2019 - Penyerahan kunci Rumah (Bina Baru Rumah MAIDAM) di Kampung Telaga Dua, Batu Rakit oleh Pegawai MAIDAM daerah Kuala Nerus, Encik Zainal bin Harun kepada Puan Rosfazilah Binti Ab. Razak @ Razali. Beliau bekerja sebagai Guru KAFA. Merupakan Ibu tunggal kepada lima (5) orang tanggungan yang masih belajar dan bersekolah.

Pada hari yang sama juga turut memperlihatkan Penyerahan Bantuan Perubatan Am Katil Khas kepada En.Ahmad Shukri bin Muda, menetap di Kampung Ibok, Kemaman. Berusia 55 tahun, mengidap strok (terlantar). Penyerahan bantuan disempurnakan oleh Pegawai MAIDAM Daerah Kemaman, Encik Mohd Andri bin Abu Bakar.
