A A A

A- A A+

KUNJUNGAN HORMAT KE MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR

Jumlah paparan: 236

13 September 2019 (Jumaat) - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah melakukan kunjungan hormat ke Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang terletak di Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam. Rombongan MAIDAM diketuai oleh Yang Dipertua MAIDAM Dato' Haji Osman bin Muda.

maisss                                                                               Sesi Bergambar Wakil Pengurusan Tertinggi MAIS dan MAIDAM


mais11                                                                                   Yang Dipetua MAIDAM Dato' Osman bin Muda menerima 
                                                                 cenderahati dari Pengerusi MAIS YAD Dato' Setia Haji Khusrin bin Haji Munawi


Rombongan MAIDAM telah disambut oleh Pengerusi MAIS, YAD Dato' Setia Haji Mohammad Khusrin Haji Munawi serta para pegawainya. Majlis Perjumpaan yang dipengerusikan oleh Pengerusi MAIS itu telah diisi dengan taklimat aktiviti di bawah MAIS seperti pengurusan waqaf, zakat dan baitulmal serta sesi soal jawab dan perbincangan dua hala.

Yang Dipertua MAIDAM mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian pihak MAIS menerima kunjungan daripada MAIDAM. Selain para pegawai kanan dan pengurusan tertinggi MAIDAM, turut hadir dalam perjumpaan tersebut ialah Ahli Mesyuarat MAIDAM iaitu Dato' Wan Abdul Wahab Wan Abdullah, Haji Mohamad Zahari Harun dan Dr. Haji Yusoff Mohamad.


Bilangan Pengunjung

Hari ini 127

Hari sebelum 1058

Minggu ini 4524

Bulan ini 16356

Jumlah 208574

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag

Undian

Apakah Pandangan Anda Terhadap Laman Web Rasmi MAIDAM?