A A A

A- A A+

PROGRAM SIASATAN / PEMUTIHAN BANTUAN AM ZAKAT 2019 KAMPUNG BARU PULAU REDANG, KUALA NERUS

Jumlah paparan: 231

12 September 2019 ( Kuala Nerus ) - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) menerusi Pusat Urusan Zakat daerah Kuala Nerus telah berkunjung ke Pulau Redang bagi menyantuni asnaf di Pulau tersebut.

Program yang diadakan di Balairaya Kampung Baru, Pulau Redang itu berlangsung selama tiga hari bermula 10 September 2019 dan berakhir pada 12 September 2019 . Lawatan tersebut bertujuan mengenal pasti individu dan keluarga yang layak menerima bantuan zakat.

redang 2

Pegawai MAIDAM Daerah Kuala Nerus, Encik Zainal Bin Harun berkata lawatan itu antara usaha pihak MAIDAM mengenalpasti keperluan asnaf di Kampung Baru, Pulau Redang.

Program turun padang ini dilaksanakan secara terus iaitu temuramah / siasatan bersama asnaf serta lawatan rumah ke rumah bagi memudahkan semakan dan meneliti kelayakan mereka berdasarkan haddul kifayah, iaitu penentuan garis kemiskinan. Pihak Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan amil zakat turut memberi kerjasama dalam memberi maklumat berkaitan asnaf setempat.

redang 5

Bagi asnaf yang dikategorikan layak menerima bantuan zakat, pihak MAIDAM akan menyalurkan bantuan zakat merangkumi bantuan sara hidup, persekolahan, modal berdikari serta bantuan lain mengikut keperluan semasa. Lebih 80 orang asnaf telah hadir dalam program tersebut.

redang 4
Program lawatan ke Kampung Baru, Pulau Redang dilakukan setiap tahun untuk menyantuni golongan asnaf yang memerlukan dan memberi bantuan agihan zakat kepada mereka.Di samping itu, lawatan ini turut membabitkan semakan dan mengemaskinikan maklumat terbaru bagi memastikan status terkini penerima yang sudah berdaftar, sama ada masih tergolong dalam asnaf zakat ataupun tidak. Semakan tersebut penting kerana bantuan yang disalurkan berbeza-beza mengikut keperluan berdasarkan haddul kifayah dan kriteria yang ditetapkan



Bilangan Pengunjung

Hari ini 122

Hari sebelum 1058

Minggu ini 4519

Bulan ini 16351

Jumlah 208569

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag

Undian

Apakah Pandangan Anda Terhadap Laman Web Rasmi MAIDAM?