Perbarisan Hari Kemerdekaan ke 62 Tahun 2019 Peringkat Negeri Terengganu

Jumlah paparan: 206


baris1Para Peserta MAIDAM Hari Perbarisan Ke 62 Tahun 2019 Peringkat Negeri Terengganu


KUALA TERENGGANU 31 Ogos 2019 Sabtu - Sambutan Hari Kebangsaan 2019 Peringkat Negeri Terengganu di dataran Batu Buruk Di sini berlangsung meriah, Kontinjen MAIDAM turut menghantar 35 orang peserta lelaki yang diketuai En. Ayub Hafizi bin Sulaini.

baris 2
baris3

Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan berkenan berangkat ke majlis itu bersama adindanya, Tengku Muhammad Mua'az dan Tengku Fatimatuz Zahra'.Baginda disambut oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan isteri, Toh Puan Seri Tuan Faizah Tuan Abdul Rahman; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk Yahaya Ali; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd. Zahari Md. Azahar dan Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Bulan Kebangsaan 2019 peringkat negeri, Ariffin Deraman.

Perbarisan sejauh 2.8 kilometer itu bermula di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah seawal pukul 7.45 pagi dan berakhir di dataran tersebut dengan tema Hari Kebangsaan, 'Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih'. Pasukan MAIDAM juga telah diurus oleh Pengurus Pasukan En. Hishamliza bin Zakaria dan telah menjalani sesi latihan sebanyak 8 kali bermula 15 Ogos 2019 hingga 28 Ogos 2019 dan menjalani sesi raptai pada 29 Ogos 2019.   

baris 4baris 5

Bilangan Pengunjung

Hari ini 103

Hari sebelum 1058

Minggu ini 4500

Bulan ini 16332

Jumlah 208550

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag

Undian

Apakah Pandangan Anda Terhadap Laman Web Rasmi MAIDAM?