A A A

A- A A+

Temuduga Akademi Kulinari Terengganu sesi ke-13 /2019

Jumlah paparan: 1104

iv akt 1


25 Ogos 2019 (Ahad) – Seramai 34 orang calon telah hadir ke sesi temuduga kemasukan pelajar ke Akademi Kulinari Terengganu (AKT) sesi ke-13 /2019. Temuduga tersebut telah diadakan di Ibu Pejabat MAIDAM, Kompleks Seri Iman, Kuala Terengganu.  Akademi Kulinari Terengganu (AKT) adalah sebuah pusat latihan yang dibangunkan di atas tanah milik Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dengan pembiayaan sebanyak RM2.5 juta melalui peruntukan Bajet 2010 Yayasan Wakaf Malaysia (YWM). Ianya merupakan kerjasama sinergi di antara MAIDAM sebagai Pemilik, YWM (Pembiaya dan Pengurus) dan GIATMARA (Pengajar). Siap sepenuhnya pada 30 Julai 2012 dan telah memulakan operasi pada 2 September 2012.

iv akt 2

AKT diuruskan oleh YWM melalui Perbadanan Wakaf Nasional Berhad (PWNB) dengan kerjasama pihak GIATMARA.AKT menawarkan kursus dalam bidang Confectionary & Bakery selama 6 bulan berserta asrama sepenuh masa kepada ANAK-ANAK ASNAF MAIDAM. Semua perbelanjaan kursus ditanggung oleh MAIDAM di bawah peruntukan zakat.


Bilangan Pengunjung

Hari ini 854

Hari sebelum 2880

Minggu ini 854

Bulan ini 143703

Jumlah 865818

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag

Undian

Apakah Pandangan Anda Terhadap Laman Web Rasmi MAIDAM?