KUNJUNGAN HORMAT DARI PERSATUAN IBUBAPA MAHASISWA MESIR MELAKA

Jumlah paparan: 315

pibpm 1


25 Ogos 2019 (Ahad) – Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) menerima Kunjungan Hormat Dari Persatuan Ibubapa Mahasiswa Mesir Melaka, bagi membincangkan pelaksanaan penghantaran pelajar ke Mesir yang dilaksanakan oleh MAIDAM. Lawatan tersebut diwakili oleh 11 orang ahli persatuan yang diketuai oleh Pengerusi Persatuan iaitu Encik Ahmad bin Saidin.

Majlis bermula pada jam 12.00 tengahari dan dipengerusikan oleh Ketua Penolong Setiausaha Pengurusan Zakat MAIDAM, Encik Nazli Amirri bin Ngah. Para rombongan diberi penerangan berkenaan pelaksanaan penghantaran pelajar ke Mesir yang dilaksanakan oleh MAIDAM serta skim bantuan zakat untuk pelajar yang dilaksanakan di MAIDAM. Taklimat tersebut disampaikan oleh Penolong Setiausaha Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Tuan Haji Yaacob bin Abdullah.

pibpm 3
KPSU Pengurusan Zakat MAIDAM, Encik Nazli Amirri bn Ngah


Pihak MAIDAM mengucapkan ribuan terima kasih kepada Persatuan Ibubapa Mahasiswa Mesir Melaka kerana sudi berkunjung ke MAIDAM. Majlis selesai kira-kira jam 2.00 petang diakhiri dengan jamuan makan tengahari.

pibpm 4
DSC 0157

pibpm 2
Encik Ahmad bin Saidin, Pengerusi Persatuan Ibubapa Mahasiswa Mesir Melaka
menerima cenderahati dari Encik Nazli Amirri bin Ngah, KPSU Pengurusan Zakat MAIDAM
 







Bilangan Pengunjung

Hari ini 27

Hari sebelum 1104

Minggu ini 2749

Bulan ini 9543

Jumlah 201761

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag

Undian

Apakah Pandangan Anda Terhadap Laman Web Rasmi MAIDAM?