A A A

A- A A+

Dakwah Zakat Sekitar Daerah Dungun, Kemaman dan Marang.

Jumlah paparan: 151

dungun

Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu terus menyusun ‘strategi’ bagi memastikan masyarakat Islam khususnya di Terengganu mendapat setiap maklumat berkaitan kewajipan berzakat. 

dungun 2Prof. Madya Ts. Dr Rosliza binti Ramli Timbalan Rektor Akademik TATIUC

Setiap bulan program Dakwah Zakat disusun dengan menjelajah seluruh pelosok Terengganu merangkumi Taklimat, Kuliah Maghrib dan juga Perkhidmatan Kaunter Bergerak Zakat. Dakwah zakat sekitar daerah Dungun, Kemaman dan Marang bermula 20 Ogos 2019 dan berakhir pada 24 Ogos 2019 dilaksanakan dengan mengadakan Taklimat di beberapa Jabatan Kerajaan, Institusi Pengajian dan Kuliah Maghrib berkenaan Zakat. Di samping itu, Perkhidmatan Kaunter Bergerak MAIDAM turut disediakan di sekitar daerah yang terlibat bagi memberi kemudahan kepada masyarakat untuk mendapatkan info zakat termasuklah taksiran, bayaran, dan bantuan zakat.

Program Dakwah Zakat sentiasa dilaksanakan dengan harapan agar semua syarikat atau organisasi korporat mahupun individu di Terengganu menjalankan tanggungjawab berzakat supaya dapat membantu lebih ramai golongan asnaf yang memerlukan.

dungun 1dungun3

dungun 10dungun9

dungun4dungun 11
US
En. Abdul Halim bin Abdullah @ Jusoh Penolong Kanan Pentadbiran SK Balai Besar, Dungun

Bilangan Pengunjung

Hari ini 58

Hari sebelum 812

Minggu ini 2761

Bulan ini 13935

Jumlah 160187

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag

Undian

Apakah Pandangan Anda Terhadap Laman Web Rasmi MAIDAM?