A A A

A- A A+

KONTINJEN TERENGGANU CEMERLANG DI PULAU PINANG

Jumlah paparan: 320

saudara br 3
Kontinjen Terengganu Sempena Mahrajan Amal Islami Saudara Muslim Peringkat Kebangsaan 2019.

16-18 Ogos 2019 I Hotel Ixora, Pulau Pinang - Sekalung tahniah kepada kontinjen Terengganu di atas prestasi cemerlang sempena Mahrajan Amal Islami Saudara Muslim Peringkat Kebangsaan 2019 yang telah diadakan di Pulau Pinang dari 16-18 Ogos 2019.

Kontinjen Terengganu telah menjuarai 2 acara iaitu Syarahan Perempuan menerusi Rosalind Lau Shy Ping dan Amali Solat Lelaki yang diwakili oleh Muhammad Lee Song Keen. Selain daripada itu, Muhammad Fidos bin Abdullah turut mengharumkan nama Terengganu apabila muncul naib johan acara Hafazan Lelaki. Penyertaan kontinjen Terengganu yang dikendalikan sepenuhnya oleh Unit Dakwah Saudara Kita, MAIDAM itu turut muncul kontinjen keempat terbaik secara keseluruhan daripada 13 buah negeri. Adalah menjadi harapan agar kontinjen Terengganu terus menempa kejayaan yang lebih cemerlang dalam Mahrajan Amal Islami Saudara Muslim akan datang dan yang paling penting usaha mendalami dan mengamalkan ajaran Islam secara konsisten tanpa sebarang rasa jemu, Insya Allah. Pihak Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pembimbing, para peserta dan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu di atas segala bentuk kerjasama yang dihulurkan sehingga membawa kejayaan kepada kontinjen Terengganu di Mahrajan Amal Islami Saudara Muslim Peringkat Kebangsaan 2019.


saudara br 1 Muhammad Lee Song Keen Juara Bagi Kategori Amali Solat Lelaki

saudara brRosalind Lau Shy Ping Juara Syarahan Kategori Perempuan

saudara br 5
saudara br 4
saudara br2

Bilangan Pengunjung

Hari ini 119

Hari sebelum 1058

Minggu ini 4516

Bulan ini 16348

Jumlah 208566

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag

Undian

Apakah Pandangan Anda Terhadap Laman Web Rasmi MAIDAM?