A A A

A- A A+

MAJLIS AIDILADHA & IBADAH KORBAN SAUDARA KITA NEGERI TERENGGANU 1440H / 2019M

Jumlah paparan: 286

KURBAN 2
14 Ogos 2019 (Rabu) - Alhamdulillah, lebih 1000 asnaf muallaf negeri Terengganu mendapat manfaat ibadah korban yang dilaksanakan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu sempena Aidil Adha 1440H/2019M. Sebanyak 12 ekor lembu dikorbankan seekor di 5 daerah serta Perkampungan Orang Asli Sg.  Pergam, Kemaman, 2 ekor untuk saudara kita daerah Kemaman dan 4 ekor di Kompleks Darul Hidayah MAIDAM untuk saudara kita daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.

KURBAN
YBhg. Dato' Haji Osman bin Muda, Yang Dipertua MAIDAM mengagihkan daging korban kepada saudara kita di majlis tersebut.

Tambahan seekor lembu turut dikorbankan di Kompleks Darul Hidayah MAIDAM hasil penyertaan 7 orang saudara kita Kuala Terengganu.
Yang Dipertua MAIDAM, Dato' Haji Osman bin Muda dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Tuan Haji M. Rozi bin Bidin dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, En Saidi bin Salleh @ Sulong turut hadir mengagihkan daging korban kepada 250 orang saudara kita daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.


KURBAN1Tuan Haji M. Rozi bin Haji Bidin, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM mengagihkan daging korban kepada saudara kita.

Bilangan Pengunjung

Hari ini 139

Hari sebelum 1058

Minggu ini 4536

Bulan ini 16368

Jumlah 208586

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag

Undian

Apakah Pandangan Anda Terhadap Laman Web Rasmi MAIDAM?