MAIDAM TERIMA ZAKAT TABUNG HAJI, TERENGGANU INC DAN BANK MUAMALAT

Jumlah paparan: 682

ZAKAT FITRAH

30 Mei 2019 (Khamis) – Sultan Terengganu, KDYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah telah berkenan menerima pembayaran zakat perniagaan tahun 2018 bagi pihak Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) daripada Lembaga Tabung Haji dan Terengganu Inc di Istana Syarqiyyah, hari ini. Lembaga Tabung Haji mempersembahkan zakat berjumlah RM6,522,964.21 manakala Terengganu INC pula berjumlah RM3,819,374.00.

 

Turut hadir di majlis tersebut, YAB Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Setiausaha Kerajaan Terengganu, YB Dato,

A. Rahman bin Yahya, Yang Dipertua MAIDAM, YBhg. Dato’ Haji Osman bin Muda, dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Tuan Haji M. Rozi bin Haji Bidin.

bankmuamalat

 

Pada Hari yang sama juga turut berlangsung majlis penyerahan zakat dari Bank Muamalat yang telah menyerahkan zakat perniagaan untuk tahun 2018 sebanyak RM159,304.08. Penyerahan cek disempurnakan oleh Pengurus Bank Muamalat Bahagian Wilayah Pantai Timur, Tuan Haji Nik Mohd Hashim bin Abdul Hamid, kepada Yang Dipertua MAIDAM, YBhg. Dato’ Haji Osman bin Muda. Majlis berlangsung di Ibu Pejabat MAIDAM, Kompleks Seri Iman, Kuala Terengganu.

Bilangan Pengunjung

Hari ini 598

Hari sebelum 501

Minggu ini 5031

Bulan ini 11825

Jumlah 204043

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag

Undian

Apakah Pandangan Anda Terhadap Laman Web Rasmi MAIDAM?