LAWATAN KERJA DARI PERBADANAN PEMBANGUNAN TEKNOLOGI MALAYSIA (MTDC)

Jumlah paparan: 554

lawatan mdtc mei 19

Tuan Haji M. Rozi bin Haji Bidin, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM menerima cenderahati dari pihak Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC).

 

26 Mei 2019 (Ahad) - MAIDAM telah menerima lawatan kerja dari Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) merupakan platform agensi membangun visi bersama usahawan dalam cabang perniagaan yang diceburi ke arah Malaysia inisiatif Industri 4.0.

 

Lawatan diketuai oleh En. Idjarmizuan Ibrahim, Naib Presiden Kanan Industri 4.0. Antara tujuan lawatan adalah bagi membincangkan hala tuju ekonomi asnaf serta perkongsian dalam usaha memajukan ekonomi asnaf dan ummah setempat ke arah Industri 4.0.