MAJLIS IFTAR BERSAMA ANAK-ANAK YATIM ASRAMA DARUL AKHYAR, PENGHUNI RUMAH SEJAHTERA TAMAN BAHAGIA BUKIT PAYONG DAN WARGA TAMAN SINAR HARAPAN

Jumlah paparan: 602

iftar akhyar 1

 

7 Mei 2019 (Selasa) – Majlis Iftar bersama anak-anak yatim Asrama Darul Akhyar, Warga Tua Rumah Sejahtera Taman Bahagia Bukit Payong dan warga Taman Sinar Harapan telah berlangsung di Dewan Kenangan Club House, Terengganu Equestrian Resort ( TER), anjuran Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dengan kerjasama SOGO KL dan TER.

 

iftar akhyar 2

YBhg. Dato' Haji Osman bin Muda, Yang Dipertua MAIDAM menyampaikan sumbangan hari raya dan beramah mesra dengan penghuni Rumah Sejahtera Taman Bahagia Bukit Payong.

 

 

Seramai 184 orang telah mendapat sumbangan hari raya dalam majlis tersebut. 141 orang adalah dari anak yatim asrama darul akhyar, 15 orang dari Warga Tua Rumah Sejahtera Taman Bahagia Bukit Payong dan 28 orang dari warga Taman Sinar Harapan.

 

iftar akhyar

Encik Jasnin Mansor, Sogo Advisor menyampaikan sumbangan hari raya kepada anak yatim Asrama Darul Akhyar

 

YBhg. Dato Osman bin Muda, Yang Dipertua MAIDAM mengucapkan ribuan terima kasih kepada SOGO KL diatas sumbangan yang telah diberikan. Beliau juga berkata ini merupakan kali kedua SOGO KL memberi sumbangan kepada anak-anak yatim darul akhyar selepas sumbangan pakaian sekolah pada Disember 2018 yang lalu.

 

Turut hadir, Ahli Majlis Mesyuarat MAIDAM , Ahli Lembaga Tadbir Darul Akhyar , Encik Jasnin Mansor, Sogo Advisor, Tuan Haji M. Rozi bin Haji Bidin, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, serta para pegawai kanan MAIDAM.

 

IFTAR AKHYAR PAGE

 

IFTAR AKHYAR PAGE 2