A A A

A- A A+

LAWATAN DARI SEKOLAH MENENGAH AGAMA MAHMUDIAH, KUALA BERANG KE MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU TERENGGANU (MAIDAM)

Jumlah paparan: 494

MAHMUDIAH

 

30 April 2019 (Selasa) – Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) menerima lawatan dari 56 pelajar Sekolah Menengah Agama Mahmudiah Kuala Berang.

 

 

Tuan Haji Zulkifli bin Haji Harun, Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Menengah Agama Mahmudiah Kuala Berang yang turut hadir bersama-sama pelajar dalam sesi lawatan tersebut berkata, program lawatan ini dirangka dengan tujuan ingin memberi kefahaman yang lebih mendalam kepada para pelajar berkait dengan pengurusan zakat, khususnya berkaitan dengan kutipan dan agihan. Tambahan lagi, bab zakat juga dipelajari dalam subjek syariah.

 

Taklimat disampaikan oleh Tuan Haji Yaacob bin Abdullah, Penolong Setiausaha (Pendidikan & Pengajian Tinggi), dan juga Ustaz Muhamad Syarif bin Omer, Penolong Setiausaha (Perhubungan Korporat & Promosi).

 

Majlis bermula pada jam 9.00 pagi dan selesai kira-kira jam 11.45 pagi. Turut hadir, Ustazah Hasnah binti Tahar dan Ustazah Faezah binti Ab. Rahman Azmi yang bertindak selaku guru pengiring untuk lawatan tersebut.

 

Mahmudiah 1

Tuan Haji Yaacob bin Abdullah, Penolong Setiausaha (Pendidikan & Pengajian Tinggi) menerima cenderahati dari Tuan Haji Zulkifli bin Haji Harun, Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Menengah Agama Mahmudiah Kuala Berang.

 

mahmudiah page

 

 

Bilangan Pengunjung

Hari ini 794

Hari sebelum 1186

Minggu ini 2685

Bulan ini 13859

Jumlah 160111

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag

Undian

Apakah Pandangan Anda Terhadap Laman Web Rasmi MAIDAM?