PENYERAHAN ZAKAT PERNIAGAAN KOPERASI PEMBANGUNAN DAERAH KEMAMAN

Jumlah paparan: 519

IMG 20190429 WA0000

 

29 April 2019 (Isnin) – Koperasi Pembangunan Daerah Kemaman (KPDK) menyerahkan zakat perniagaan kepada Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu berjumlah RM47,556.53 dalam satu Majlis Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 27 koperasi tersebut yang berlangsung di Dewan Seri Geliga Majlis Perbandaran Kemaman.

 

Penyerahan cek disempurnakan oleh Pengerusi Koperasi Pembangunan Daerah Kemaman (KPDK) merangkap Ahli Parlimen Kawasan Kemaman, YB Tuan Che Alias bin Hamid, kepada Pegawai Eksekutif Pusat Urusan Zakat (PUZ) Daerah Kemaman, Encik Mohd Andri bin Abu Bakar .