A A A

A- A A+

KONVOI KEMBARA ZAKAT (KKZ) 2019

Jumlah paparan: 464

kkz 2

 

23 April 2019 (Selasa) - Seramai 154 peserta menyertai Konvoi Kembara Zakat Peringkat Kebangsaan 2019 (KKZ) yang berlangsung selama tiga hari di Terengganu bermula 23 April 2019 dan berakhir pada 25 April 2019. KKZ merupakan acara tahunan kali ketujuh yang telah diadakan sejak tahun 2012. Tahun ini, KKZ menjelajah ke tiga daerah di bumi Terengganu iaitu daerah Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Marang bagi mempromosikan institusi zakat agar masyarakat mendapat maklumat selain menyampaikan sumbangan kepada asnaf-asnaf.

 

 

Peserta konvoi bertemakan “ Al Baraqah Tranung Kite Melebar Rahmah” itu terdiri daripada kakitangan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Agensi Mengurus Zakat (AMZ) turut mengambil bahagian termasuk dua (2) penganjur bersama iaitu Yayasan Taqwa dan Tenaga Nasional Berhad. Ketua Pengarah JAWHAR, Tuan Haji Ruslan bin Said dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Tuan Haji M. Rozi bin Bidin turut sama menyertai konvoi tersebut.

 

Perasmian program disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Tuan Haji M. Rozi bin Haji Bidin, pada Majlis Makan Malam dan sesi taklimat konvoi bersama peserta di Dewan Kenangan Club House, Terengganu Equestrian Resort (TER).

kkz 1

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM),Tuan Haji M. Rozi bin Haji Bidin berucap ketika merasmikan Konvoi Kembara Zakat Kebangsaan (KKZ) 2019.

kkz 3

Ketua Penolong Setiausaha (Pengurusan Zakat) MAIDAM, Encik Nazli Amirri bin Ngah menyampaikan taklimat kepada peserta konvoi.

 

Pelepasan (flag – off) para peserta konvoi disempurnakan oleh Yang Dipertua MAIDAM, YBhg. Dato’ Haji Osman bin Muda kira-kira jam 7.30 pagi bermula di Terengganu Equestrian Resort (TER) diiringi pihak Polis serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

kkz 4

Pelepasan (flag – off) disempurnakan oleh Yang Dipertua MAIDAM, YBhg. Dato’ Haji Osman bin Muda

 

kkz 5

 

Destinasi pertama konvoi adalah di Perumahan Asnaf Kampung Banggol Peradong, Manir Kuala Terengganu. Penduduk-penduduk di perumahan tersebut menerima bantuan dan sumbangan daripada Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Agensi Memungut Zakat (AMZ). Disamping itu, sebuah Bangunan Komuniti kepada penduduk Perumahan Asnaf Kampung Banggol Peradong akan dibina. Majlis pecah tanah Pembinaan Bangunan Komuniti telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah JAWHAR, Tuan Haji Ruslan bin Said.

 

kkz 6

 

kkz 7

Konvoi tiba di Perumahan Asnaf Kampung Banggol Peradong Manir, Kuala Terengganu.

 

kkz pecah tanah

Ketua Pengarah JAWHAR, Tuan Haji Ruslan bin Said menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Bangunan Komuniti Perumahan Asnaf Banggol Peradong.

 

Seterusnya konvoi bergerak ke Asrama Anak Yatim Darul Akhyar MAIDAM dan disambut dengan paluan kompang serta diraikan dengan persembahan dari para pelajar penghuni Asrama Darul Akhyar. Para peserta dapat melihat integrasi wakaf dan zakat, dimana bangunan wakaf telah dibina atas tanah wakaf, seterusnya kos operasi dan perbelanjaan ditanggung daripada peruntukan zakat. Anak yatim asnaf Darul Akhyar serta pengurusan Asrama Darul Akhyar turut menerima sumbangan daripada Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Agensi Memungut Zakat (AMZ).

 

KKZ 18

 

kkz 14

Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Tuan Haji M. Rozi bin Haji Bidin menerima replika cek  dari Ketua Pengarah JAWHAR, Tuan Haji Ruslan bin Said, sumbangan MAIN/AMZ kepada Asrama Darul Akhyar MAIDAM.

 

Pada malam hari, peserta diraikan dengan Majlis Makan Malam bersama YAB Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri bin Mokhtar, yang berlangsung di Wisma Darul Iman. YAB Menteri Besar Terengganu berkata “ Kerajaan negeri mengucapkan ribuan terima kasih kepada peserta dan juga membuka tangan seluas-luasnya kepada sebarang program bermanfaat yang ingin dianjurkan di sini pada masa akan datang”.

 

kkz 19

YAB Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Bin Mokhtar berucap ketika Majlis Makan Malam bersama peserta Konvoi Kembara Zakat 2019 di Wisma Darul Iman.

kkz 20

YAB Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Bin Mokhtar menyampaikan sijil penyertaan dan penghargaan kepada Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Tuan Haji M. Rozi bin Haji Bidin.

 

Destinasi terakhir konvoi adalah di Akademi Kulinari Terengganu, Pulau Kerengga Marang sebelum peserta bergerak pulang ke Negeri masing-masing. Akademi Kulinari Terengganu merupakan sebuah pusat latihan yang menempatkan anak – anak asnaf mengikuti kursus yang ditaja sepenuhnya oleh MAIDAM.

 

kkz 21

Lawatan peserta Konvoi Kembara Zakat (KKZ) 2019  di Akademi Kulinari Terengganu, Pulau Kerengga Marang.

 

kkz 22

Peserta Konvoi Kembara Zakat (KKZ) 2019 melawat gerai jualan asnaf di Akademi Kulinari Terengganu, Pulau Kerengga Marang.

 

 

 

 

 

Bilangan Pengunjung

Hari ini 59

Hari sebelum 1262

Minggu ini 3125

Bulan ini 21861

Jumlah 133120

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag

Undian

Apakah Pandangan Anda Terhadap Laman Web Rasmi MAIDAM?