A A A

A- A A+

PERKONGSIAN PROJEK INOVASI DARI MAJLIS DAERAH SETIU

Jumlah paparan: 625

iNOVASI MDS

 

21 April 2019 (Ahad) – Kumpulan Inovasi dan Kreatif (KIK) dari Majlis Daerah Setiu yang telah memperoleh anugerah dalam pertandingan

‘1 Inovasi, 1 Jabatan, 1 Tahun’ Tahun 2018 berkunjung ke Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) untuk berkongsi berkenaan produk yang telah dihasilkan mereka.

 

Produk yang dihasilkan itu telah memberi kemudahan kepada kakitangan mereka dalam menjalankan tugas khususnya dalam aktiviti mengutip hasil sewaan premis dan gerai jualan. Menurutnya lagi, kadar hasil sewaan yang dipungut setelah terhasilnya produk tersebut mengalami peningkatan yang tinggi berbanding kaedah yang diguna pakai sebelum ini.

 

Petugas hanya perlu mengimbas barcode, seterusnya maklumat penyewa akan terus dinyatakan termasuklah jumlah sewaan, tunggakan dan lain-lain. Selain menjimatkan masa, setiap petugas juga dapat mengetahui jumlah pungutan masing-masing kerana maklumat tersebut secara langsung direkod didalam sistem.

 

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pihak Majlis Daerah Setiu atas kejayaan dan perkongsian yang diberikan.

Bilangan Pengunjung

Hari ini 584

Hari sebelum 501

Minggu ini 5017

Bulan ini 11811

Jumlah 204029

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag

Undian

Apakah Pandangan Anda Terhadap Laman Web Rasmi MAIDAM?