21 April 2019 (Ahad) - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah menerima kunjungan dari pihak Jabatan Peguam Negara bahagian Syariah dan Pengharmonian Undang-undang. Tujuan kunjungan tersebut adalah untuk mengadakan perbincangan dan perkongsian maklumat berhubung isu-isu berbangkit dalam urusan tanah wakaf dan perundangan yang berkaitan dengannya
Kunjungan ini diwakili oleh empat (4) orang delegasi yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Nor’Azura binti Mohamed Zohdi. Taklimat diketuai oleh Yang Dipertua MAIDAM, YBhg. Dato’ Haji Osman bin Muda. Turut hadir dalam majlis ini, Encik Fazru Anuar bin Yusof, Pengerusi Persatuan Peguan Syarie Negeri Terengganu (PPSNT).