A A A

A- A A+

KUNJUNGAN HORMAT DARI ISLAMIC MALAY AUSTRALIAN ASSOCIATION OF NEW SOUTH WALES INC (IMAAN)

Jumlah paparan: 302

IMAAN SYDNEY

 

17 April 2019 (Rabu) - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah menerima kunjungan hormat dari Islamic Malay Australian Association Of New South Wales INC (IMAAN). Kunjungan hormat ini diwakili oleh empat (4) orang delegasi yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Masjid Darul IMAAN Sydney Australia. Mereka adalah Haji Udin Aodinin, Encik Zulhaizat bin Abdul Rahman, Haji Abdul Razak Mohd Yusof dan Haji Ahmad Jais Subarman

Rombongan diberi penerangan oleh Yang Dipertua MAIDAM, YBhg. Dato’ Haji Osman bin Muda berkenaan pengurusan zakat di MAIDAM yang telah banyak membantu mengurangkan paras kemiskinan tegar di negeri Terengganu. Pembangunan tanah wakaf untuk manfaat awam dan juga sistem gadaian Ar Rahnu yang telah diperkenalkan turut memberi banyak manfaat kepada rakyat negeri Terengganu.

 

Pihak IMAAN juga turut berkongsi maklumat berkenaan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan di Masjid Darul IMAAN Sydney Australia serta mengucapkan ribuan terima kasih diatas sumbangan yang telah diberikan oleh MAIDAM.

Yang Dipertua MAIDAM, YBhg. Dato’ Haji Osman bin Muda turut mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian pihak IMAAN berkunjung ke MAIDAM.

 

Turut hadir dalam majlis tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Tuan Haji M. Rozi bin Haji Bidin dan Ketua Penolong Setiausaha (Pengurusan Mal) Encik Mohamad Ridwan bin Mohd Nor.

 

Bilangan Pengunjung

Hari ini 60

Hari sebelum 1262

Minggu ini 3126

Bulan ini 21862

Jumlah 133121

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag

Undian

Apakah Pandangan Anda Terhadap Laman Web Rasmi MAIDAM?