A A A

A- A A+

PENYERAHAN ZAKAT DARI TAKAFUL MALAYSIA

Jumlah paparan: 792

Zakat Takaful 2019

 

14 April 2019 (Ahad) –Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah menerima penyerahan zakat perniagaan daripada Syarikat Takaful Malaysia cawangan Terengganu berjumlah RM35,714.29.

 

Penyerahan cek disempurnakan oleh Encik Zainal bin Kassim(paling kanan), Buisness Manager Syarikat Takaful Malaysia cawangan Terengganu kepada Tuan Haji M. Rozi bin Haji Bidin(kiri), Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) Majlis berlangsung di Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) Kompleks Seri Iman, Terengganu.

 

Majlis mengucapkan jazakumullah khairan jaza’ dan jutaan terima kasih kepada Takaful Malaysia kerana telah menunaikan kewajipan berzakat dan mendoakan agar Takaful Malaysia terus maju dalam mendepani masa mendatang.

 

Turut hadir dalam majlis tersebut, Ustaz Nazli Amirri bin Ngah, Ketua Penolong Setiausaha Pengurusan Zakat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).

Bilangan Pengunjung

Hari ini 637

Hari sebelum 1408

Minggu ini 2405

Bulan ini 11730

Jumlah 227357

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag

Undian

Apakah Pandangan Anda Terhadap Laman Web Rasmi MAIDAM?