A A A

A- A A+

MAIDAM FUN RIDE 2019 (BERKAYUH SAMBIL BERWAKAF)

Jumlah paparan: 1465

Fun Ride 7

16 Mac 2019 (Sabtu) - Kira-kira 362 peserta telah menyertai program MAIDAM FUN RIDE 2019 anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM). Majlis pelepasan telah dilakukan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) , Tn. Haji M. Rozi bin Haji Bidin pada jam 7.35 pagi di perkarangan Akademi Kulinari Terengganu (AKT) Pulau Kerengga, Marang Terengganu dan telah berakhir di lokasi yang sama.

MAIDAM FUN RIDE 2019 11 6

Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Tuan Haji M. Rozi bin Haji Bidin melepaskan peserta kayuhan.

Program kayuhan ini turut disertai oleh Yang Dipertua MAIDAM, YBhg. Dato’ Haji Osman bin Muda, Ketua Pegawai Eksekutif, Tn. Haji M. Rozi bin Haji Bidin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, En. Saidi bin Salleh @ Sulong dan Ketua Penolong Setiausaha (Pengurusan Zakat), En. Nazli Amirri bin Ngah. Program ini tidak terhad kepada kakitangan MAIDAM sahaja, bahkan dibuka umum kepada semua yang berminat menyertainya.

Antara tujuan program kayuhan tersebut diadakan adalah untuk menyemarakkan lagi syiar wakaf di Terengganu. Pendaftaran RM40.00 yang dikenakan kepada setiap peserta dimasukkan ke dalam Tabung Wakaf Tunai MAIDAM selari dengan matlamat “Berkayuh Sambil Berwakaf”. 

Dalam perjalanan sejauh 40 kilometer itu, kayuhan berhenti rehat seketika di Kampung Taman Rahmat Marang. Yang Dipertua MAIDAM, YBhg. Dato’ Haji Osman bin Muda sempat menyampaikan bantuan kepada empat (4) orang asnaf di Kampung Taman Rahmat serta menyampaikan sumbangan untuk pembangunan Surau Kampung Taman Rahmat. Kayuhan berjaya ditamatkan oleh semua peserta kira-kira jam 11.15 pagi.

MAIDAM FUN RIDE 2019 11 5

Yang Dipertua MAIDAM, YBhg. Dato' Haji Osman bin Muda menyampaikan bantuan kepada asnaf di Kampung Taman Rahmat. Marang.

MAIDAM FUN RIDE 2019 11 4

YBhg. Dato' Haji Osman bin Muda menyampaikan sumbangan kepada Pengerusi Surau Kampung Taman Rahmat  Marang, untuk pembangunan Surau Kampung Taman Rahmat.

Dalam ucapan perasmian penutup, Yang Dipertua MAIDAM, YBhg. Dato’ Haji Osman bin Muda mengucapkan tahniah dan penghargaan buat pihak penganjur atas kejayaan penganjuran dan penyusunan program yang sangat baik. Tidak lupa juga kepada peserta-peserta yang berkorban masa dan tenaga serta memberikan sokongan, kerjasama yang baik sepanjang program berlangsung.

MAIDAM FUN RIDE 2019 11 1

Yang Dipertua MAIDAM, YBhg. Dato’ Haji Osman bin Muda sedang menyampaikan ucapan perasmian penutup

MAIDAM FUN RIDE 2019 11 3

Yang Dipertua MAIDAM, YBhg. Dato’ Haji Osman bin Muda menyampaikan hadiah kepada pemenang cabutan bertuah

 

Klik disini untuk melihat gambar program

Bilangan Pengunjung

Hari ini 582

Hari sebelum 501

Minggu ini 5015

Bulan ini 11809

Jumlah 204027

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag

Undian

Apakah Pandangan Anda Terhadap Laman Web Rasmi MAIDAM?