A A A

A- A A+

LAWATAN KERJA MENTERI UNDANG-UNDANG DAN HAL EHWAL ANAK NEGERI SABAH BERSAMA AHLI MAJLIS TERTINGGI MAJLIS UGAMA ISLAM SABAH (MUIS) KE MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU TERENGGANU.

Jumlah paparan: 1453

Kunjungan MUIS

10 Mac 2019 (Ahad) - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah menerima kunjungan dari Menteri Undang-Undang Dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah bersama Ahli Majlis Tertinggi Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS). Kunjungan ini diwakili oleh 7 orang delegasi yang diketuai oleh YB. Datuk Haji Aidi bin Haji Moktar, Menteri Undang-Undang Dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah .

Rombongan ini telah disambut dengan mesra oleh Yang Dipertua MAIDAM, YBhg. Dato’ Haji Osman bin Muda, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Tuan Haji M.Rozi bin Haji Bidin, serta Ketua-ketua Penolong Setiausaha termasuk Pegawai MAIDAM yang lain. 

Dalam sesi kunjungan hormat ini, kedua-dua pihak saling bertukar-tukar pandangan dan maklumat khususnya berkenaan hala tuju dan masa depan Majlis Agama Islam Negeri masing-masing.

Yang Dipertua MAIDAM, YBhg. Dato’ Haji Osman bin Muda turut mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian YB. Datuk Haji Aidi bin Haji Moktar, Menteri Undang-Undang Dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah dan pihak Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) berkunjung ke MAIDAM.

Bilangan Pengunjung

Hari ini 577

Hari sebelum 501

Minggu ini 5010

Bulan ini 11804

Jumlah 204022

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag

Undian

Apakah Pandangan Anda Terhadap Laman Web Rasmi MAIDAM?